Connect with us

Berita Lain

Dr M: ‘Saya Manusia Biasa, Ada Masa Terlepas Pandang’

Dr Mahathir berkata segala masalah berkaitan isu
urus niaga mata wang asing BNM telah pun ditangani bank pusat tersebut. — Foto
oleh Miera Zulyana/Malay Mail Online

PUTRAJAYA, 18 Sept — “Kalau nak kata saya seorang
yang perfect, saya mengaku, tetapi saya manusia biasa, ada masa saya terlepas
pandang,” kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjelaskan
mengenai kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) dalam urus niaga mata wang asing
pada tahun 1980-an, ​​​​​​ pada prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)
hari ini.
Dr Mahathir berkata demikian ketika menjawab soalan
Pegawai Pengendali Datuk Suhaimi Ibrahim, bahawa Dr Mahathir adalah seorang
yang “perfect” dan sangat teliti serta sangat mengambil berat sesuatu permasalahan,
tetapi mengapa beliau tidak mengambil berat mengenai kerugian BNM yang sangat
besar itu.
“No matter how careful you are (walaupun anda
begitu berhati-hati) dalam menguruskan sesuatu, ada yang terlepas dalam
pandangan saya. Contohnya saya melantik orang yang salah,” kata Dr Mahathir
tanpa menamakan individu berkenaan.
Pada ketika ini anggota Suruhanjaya iaitu Hakim
Mahkamah Tinggi, Datuk Kamaludin Md Said memberitahu Dr Mahathir bahawa isu
yang didengar hari ini ialah mengenai kerugian BNM.
Kamaludin juga bertanyakan Dr Mahatir sama ada
beliau telah salah melantik Menteri Kewangan pada ketika  itu di mana Dr Mahathir menjawab “Masa mula
nampak dia baik , apa yang dia nak buat, saya 
tidak tahu,” katanya.
Kepada soalan Suhami sepatutnya Dr Mahathir akan
lebih mengambil berat mengenai kerugian BNM kerana ia juga dilaporkan oleh
media asing,  Dr Mahathir berkata beliau
tidak mengendahkan laporan media asing kerana mereka selalu mengkritiknya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya ambil laporan (mengenai kerugian BNM) oleh
pegawai saya. Saya berpegang kepada laporan pegawai-pegawai saya termasuk
Menteri Kewangan dan juga Gabenor,” katanya.
Terdahulu, dalam pernyataan saksinya, berkenaan
keterangan Tan Sri Clifford Francis Herbert yang menyatakan bahawa beliau
bersama Menteri Kewangan ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim ada berjumpa
dengan Dr Mahathir di pejabatnya pada lewat 1993 dan melaporkan kepada beliau
tentang kerugian BNM sebanyak RM30 bilion, Dr Mahathir berkata beliau tidak
ingat angka RM30 bilion disebut.
“Apa yang saya ingat adalah, angka dalam lingkungan
RM5 bilion yang disebut. Ini adalah kerana apabila ianya dimaklumkan kepada
saya, saya sudahpun tahu bahawa kerugian urus niaga mata wang asing BNM pada
tahun 1992 adalah RM5.7 bilion seperti yang telah sebelum itu dimaklumkan
kepada Kabinet oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga sepertimana setakat
ingatan saya telah dibentangkan di Parlimen.
“Apa yang saya pasti adalah tidak ada mana-mana
dokumen bertulis yang ditunjukkan atau diberikan kepada saya berkaitan perkara
ini,” katanya.
Dr Mahathir berkata segala masalah berkaitan isu
urus niaga mata wang asing BNM telahpun ditangani bank pusat itu pada tahun
1992 hingga 1994 dengan memperkenalkan pelbagai langkah kawal selia dan juga
melalui penggubalan Akta Bank Negara Malaysia 2009.
Berkenaan bekas Gabenor BNM Tan Sri Jaffar Hussein,
Dr Mahathir berkata secara peribadi Jaffar 
terkenal sebagai seorang yang berwibawa, beramanah dan penuh berhemah.
Beliau juga dikenali sebagai seorang yang tegas,
lurus dan saya mempunyai penuh kepercayaan terhadap kewibawaan dan ketelusan
beliau.
“Saya juga menyatakan mana-mana kerugian urus niaga
mata wang asing BNM dalam tempoh 1992 hingga 1994 itu, tidak boleh mencacatkan
kesemua sumbangan baik dan jasa Jaffar yang telah berkhidmat demi kepentingan negara
tanpa penat lelah,” katanya.
Katanya tindakan Jaffar mengambil keputusan untuk
bertanggungjawab dan meletakkan jawantannya sebagai gabenor BNM pada 1994
adalah satu tindakan yang berhemah tinggi.
Berhubung keterangan Anwar tentang mesyuarat
kabinet bertarikh 30 Mac 1994 dan 6 April 1994, Dr Mahathir berkata setakat
ingatannya tidak ada mana-mana fakta yang berbeza yang ditampilkan oleh Anwar
semasa mesyuarat tersebut daripada kandungan dokumen laporan kewangan tahunan
BNM yang dikemukakan semasa mesyuarat Kabinet itu.
“Saya sesungguhnya percaya memandangkan kerugian
sebenar BNM adalah tidak dikenalpasti pada ketika itu, melainkan apa-apa jumlah
yang tertera di dalam laporan kewangan tahunan BNM yang dibentangkan di dalam
mesyuarat Kabinet dan Parlimen.
“Maka Anwar telah tidak menyembunyikan apa-apa
maklumat yang diberikan kepada beliau secara rasmi oleh BNM daripada mesyuarat
Kabinet ketika itu.”
Pendengaran bersambung esok.
Suruhanjaya Siasatan Diraja itu diketuai Pengerusi
Petronas, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, yang dilantik sebagai Pengerusi,
dianggotai Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Kamaludin Md Said serta Ketua Pegawai
Eksekutif Bursa Malaysia Berhad, Datuk Seri Tajuddin Atan.
Selain itu, Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas
Pemudahcara Perniagaan (Permudah), Tan Sri Saw Choo Boon dan Anggota Institut
Akauntan Malaysia K. Pushpanathan. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel