Connect with us

Berita Lain

Dr Mahathir Hanya Tahu Bank Negara Rugi RM5 Bilion Setelah Dimaklum Anwar

Tun Dr Mahathir Mohamad hadir memberi keterangannya kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) hari ini – Foto: New Straits Times


PUTRAJAYA, 18 Sept — Tun Dr Mahathir Mohamad dimaklumkan
kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) dalam urus niaga tukaran wang asing
hanyalah RM5 bilion.
Bekas perdana menteri itu mengetahui jumlah tersebut setelah
dimaklumkan oleh menteri kewangan ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim pada
hujung 1993.
Memberi keterangannya kepada suruhanjaya siasatan diraja
(RCI) hari ini, Dr Mahathir juga berkata Anwar dan Tan Sri Clifford F. Herbert
melalui lisan.
“Saya tidak ingat angka RM30 bilion dinyatakan. Yang saya
ingat angkanya dalam lingkungan RM5 bilion,” katanya.
Tambahnya, maklumat itu diketahuinya lebih awal apabila
Anwar menjelaskan kerugian BNM dalam satu sidang Dewan Rakyat.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Mahathir berkata beliau tiada hak mencampuri urusan eksklusif
bank pusat itu.
Beliau juga mengecam ahli panel RCI dengan mendawa siasatan
itu cuba menggambarkan beliau seorang dalang di balik skandal kerugian itu.
Pada 6 September lalu, seorang bekas gabenor mendedahkan BNM
rugi RM32.074 bilion dalam urus niaga mata wang asing antara 1988 hingga 1994.
Memberi keterangan kepada suruhanjaya itu, Tan Sri Zeti
Akhtar Aziz berkata BNM bagaimanapun untung RM2.473 bilion pada 1990.
Beliau merujuk laporan Accounting Treatment of Losses
Arising from Active Reserve Management 1988-1984 yang disediakan untuknya pada
2007. – The Malay Mail

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel