Connect with us

Berita Lain

Elaun Untuk Balik Mengundi Juga Dianggap Rasuah – SPRM

Foto: FMT


PETALING JAYA: Tawaran elaun perjalanan bagi menarik
perhatian pengundi untuk pulang mengundi di kampung halaman masing-masing
dianggap sebagai rasuah, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki
berkata dari segi undang-undang, menawarkan sebarang bentuk dorongan kepada
pengundi, sama ada wang tunai atau hadiah, adalah rasuah.

“Contohnya jika seorang pengundi ditawarkan elaun untuk
balik mengundi, atau membayar RM50 supaya dia mengundi calon tertentu,”
katanya kepada Sin Chew Daily dalam satu temubual.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Azam bagaimanapun menjelaskan jika seseorang ahli politik
menawarkan bantuan seperti beras atau derma kepada golongan miskin, ia tidak
dianggap rasuah.

Beliau juga menjelaskan bahawa janji pilihan raya tidak
dianggap rasuah.

“Sepanjang tempoh kempen, parti politik biasanya akan
menaburkan banyak janji, seperti untuk membina lebih banyak rumah.

“Ini bukan rasuah,” katanya ketika ditemubual.

Azam berkata calon-calon di kebanyakan negara akan membuat
banyak janji semasa berkempen untuk meraih sokongan, termasuklah dalam pilihan
raya presiden Amerika Syarikat.

Menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) SPRM telah
mengingatkan semua calon dan parti politik bahawa sesiapa yang didapati
terlbabit dengan rasuah akan hilang kelayakan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


Azam berkata sebaik sahaja Suruhanjaya Pilihan Raya
mengumumkan tarikh pilihan raya umum, satu pasukan penguatkuasa undang-undang
yang terdiri daripada pegawai SPRM dan polis akan ditubuhkan untuk memantau
aktiviti rasuah dalam pilihan raya.

“Sekiranya pasukan itu menerima laporan daripada orang
awam, kes-kes seperti itu akan disiasat di bawah Akta Suruhanjaya Pilihan Raya,
Akta Pencegahan Rasuah dan Kanun Keseksaan,” katanya.

Azam juga berkata SPRM tidak berhasrat untuk membuat pindaan
undang-undang untuk mewajibkan semua calon mengisytiharkan aset mereka.
“Terpulang kepada parti sama ada mereka mahu calon
mereka mengisytiharkan aset,” katanya.

Azam berkata adalah perkara biasa bagi parti-parti politik
untuk mengemukakan senarai calon mereka kepada SPRM dan polis untuk
pemeriksaan. 



mStar Online 

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel