Connect with us

Berita Lain

[FOTO] Viral Pemandu F1, Roman Grosjean Langgar Penutup Longkang Ketika Sesi Latihan

Roman Grosjean ditimpa nasib malang apabila terlanggar penutup longkang sehingga hilang kawalan dan terbabas.


SEPANG: Satu kemalangan pelik yang membabitkan penutup
longkang di Selekoh 13 menyaksikan Roman Grosjean ditimpa nasib malang pada
sesi latihan bebas kedua saingan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Malaysia
PETRONAS, hari ini.
Pemandu Haas itu terlanggar penutup longkang yang sebelum
itu terlebih dulu dilanggar Valtteri Bottas dari pasukan Mercedes AMG PETRONAS
dan menyebabkan tayar kanan belakang jentera dipandunya meletup.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Grosjean hilang kawalan dan terbabas di penghadang litar
kira-kira pada baki 10 minit terakhir sesi latihan yang kemudiannya dikibarkan
bendera merah sebelum diputuskan untuk tidak diteruskan.


Pemandu dari Perancis itu berkata, dia sama sekali tidak
mengetahui apa yang berlaku dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Dia berjaya menamatkan sesi latihan dengan catatan satu
minit 34.118 saat untuk berada di tangga ke-17 terpantas.
“Saya okey, itu yang paling penting dan kami akan
membaiki jentera dan menyelesaikan beberapa masalah yang timbul,” kata
Grosjean.
“Harap kami masih mampu menemui pelarasan jentara yang
baik esok (hari ini), menemui prestasi yang baik dan penutup longkang berada di
kedudukan yang selamat.”
Boss pasukan Haas, Guenther Steiner dalam pada itu jelas
tidak gembira dan berang dengan kejadian yang berlaku ketika sesi sidang media.
“Bagi pendapat saya, perkara seperti ini tidak
seharusnya berlaku dalam sirkit yang tetap, ia sama sekali tidak boleh diterima
dan tidak memenuhi standard,” kata Steiner.
“Kita perlu memastikan perkara ini tidak lagi berlaku
dalam perlumbaan kerana ia akan menjadi satu malapetaka.
“Saya masih tidak pasti apa yang sebenarnya berlaku,
harap dalam tempoh beberapa jam selepas ini kami dapat mengetahui lebih lanjut.
“Kerosakan itu sangat besar, kami tidak tahu berapa
banyak kerosakan yang berlaku setakat ini.”
Selain daripada sesi latihan, perlumbaan sokongan Formula 4
Asia Tenggara juga menerima nasib sama apabila ia juga terpaksa dihentikan
kerana insiden berkenaan. – Berita Harian


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel