Connect with us

Berita Lain

Ganti GST, Pas Sedia Laksanakan Cukai Islam

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas berkata kaedah cukai mengikut lunas Islam itu ternyata lebih menguntungkan berbanding GST yang menindas rakyat miskin. – Foto: Free Malaysia Today

BALING – Pas akan melaksanakan dua sistem pencukaian
mengikut kaedah Islam bagi menggantikan GST yang membebankan rakyat sekiranya
mentadbir negara.
Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin
Aman Razali berkata, ia adalah cukai simpanan korporat dan cukai jual beli
saham.
Menurutnya, cukai berdasarkan prinsip Islam itu hanya
dikenakan kepada golongan kaya dan bukannya miskin.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Korporat yang menyimpan di bank akan dikenakan cukai
2.5 peratus. Data Bank Negara Malaysia menunjukkan 1.6 trilion simpanan rakyat
Malaysia. Kita andaikan 1/3 adalah simpanan korporat. Jika dikenakan cukai 2.5
setahun, negara dapat pulangan 13 bilion.

“Bagi cukai jual beli saham ia dikenakan selepas cukup
setahun. Dalam data BSKL, transaksi jual beli saham pada 2016 ialah sebanyak
1.8 trilion. Jika dikenakan 2.5 peratus kepada saham tersebut negara akan dapat
pulangan sebanyak 45 bilion. Itu belum campur dengan cukai jual segera yang ada
untung dan perlu bayar zakat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas bersama
Sinar Harian selepas program Bicara PRU14 di Pusat Tarbiah Islam Kuala Ketil di
Bukit Pak Kuning.
Menurutnya, dua kaedah cukai mengikut lunas Islam itu
ternyata lebih menguntungkan berbanding GST yang menindas rakyat miskin.
Dalam pada itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
dalam majlis perasmian Perhimpunan Agung MIC ke 71 di Pusat Dagangan Putra
semalam menyifatkan rakyat sering menyalahkan kerajaan biarpun GST hanya
dikenakan 6 peratus berbanding 28 peratus dikenakan di India. – Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel