Connect with us

Berita Lain

Gara-Gara Keterangan Bercanggah, Kemalangan Bertukar Jadi Kes Jenayah


PARIT BUNTAR – Gara-gara laporan polis bercanggah, dua
lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang mangsa
kemalangan di Batu 6, Jalan Baharu, di sini pada 13 September lalu.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob
berkata, pada mulanya kes kemalangan maut melibatkan sebuah kereta dan
motosikal disiasat polis di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 lapor Sinar online.
Bagaimanapun, Omar Bakhtiar berkata, berlaku percanggahan
laporan polis dibuat suspek dengan hasil siasatan awal pihaknya di lokasi
kemalangan, menyebabkan satu lagi kertas siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun
Keseksaan dibuka.
  
“Siasatan awal polis mendapati sebuah kereta Proton
Iswara dinaiki dua lelaki berusia 16 dan 24 tahun dari arah Simpang Lima menghala
Kuala Kurau, dikatakan terbabas dan masuk ke laluan bertentangan sebelum
merempuh seorang penunggang motorsikal,” katanya kepada pemberita, di
sini.

Beliau berkata, mangsa, S Tamilrasan, 21, kemudiannya
mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam
perjalanan ke Hospital Parit Buntar.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel