Connect with us

Berita Lain

Gara-Gara Ubah Fakta Disaman Polis Sehingga Menjadi Tular, Kontraktor Didenda RM4,000


PETALING JAYA, 19 Sept — Seorang kontraktor yang memuat naik
status tidak puas hatinya terhadap saman yang dikeluarkan anggota polis trafik
di Facebook (FB) sehingga menjadi tular, didenda RM4,000 atau penjara empat
bulan oleh Mahkamah Majistret di sini.
Majistret Salamiah Salleh menjatuhkan hukuman itu terhadap
Lee How Kim, 26, yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan. Tertuduh
membayar denda tersebut.
Lee didakwa menggunakan aplikasi FB atas nama Raymond Lee
secara sedar telah memuat naik gambar borang saman trafik dan gambar cermin
pintu kereta yang ditampal dengan penghadang cahaya serta memulakan
penghantaran komen yang palsu dengan niat menganiaya orang lain.
Dia melakukan kesalahan itu di Bandar Putera Permai, Seri
Kembangan, pada 4.10 petang, 6 September lepas.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta
Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta
sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun
atau kedua-duanya dan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu
diteruskan selepas pensabitan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Terdahulu, Lee yang diwakili peguam Kee Wei Lon memohon
hukuman ringan atas alasan anak guamnya sudah insaf dan tiada rekod kesalahan
lampau.
“Tertuduh adalah penanggung utama keluarga, dia tiada rekod
kesalahan lampau selain tidak mendatangkan kecederaan kepada sesiapa,” katanya.
Timbalan Pendakwa Raya Mary Phoon Kheat Mee memohon hukuman
setimpal berbentuk pengajaran terhadap tertuduh supaya dapat memberi mesej
kepada masyarakat.
Mengikut fakta kes, hasil siasatan mendapati bahawa akaun FB
bernama Raymond Lee adalah milik tertuduh seperti disahkan oleh rakan-rakannya
dan laporan analisa Digital Forensik turut mengesahkan terdapat gambar buang
saman trafik dan gambar cermin pintu kereta daripada telefon bimbit milik
tertuduh yang dirampas. — Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel