Connect with us

Berita Lain

Gas Masak Meletup, 8 Pekerja Parah

Lima daripada Lapan mangsa cedera parah dan kritikal dalam satu letupan gas memasak – Foto: BH online


SUBANG JAYA: Lapan warga asing cedera parah selepas terbabit
dalam letupan gas di sebuah gudang di Jalan Subang 10, dekat sini, awal pagi
tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa yang terdiri
daripada warga Myanmar dan Nepal berusia antara 21 tahun dan 30 tahun
dilaporkan melecur.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad
Azlin Sadari, berkata seorang daripada mangsa terbabit turut patah kaki.
Beliau berkata, pihak bomba sedang menjalankan siasatan
berhubung punca sebenar kejadian.
“Lima daripada mangsa cedera parah dan kritikal
disebabkan melecur 20 hingga 80 peratus, manakala seorang patah kaki dan cedera
dalaman serta dua lagi hanya cedera ringan,” katanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Katanya, tujuh mangsa dihantar ke Hospital Serdang dan
seorang ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat
Selangor, memberitahu pihaknya tiba di lokasi dan mendapati satu letupan gas
memasak berlaku di tingkat satu premis berkenaan.
“Pihak kami menghantar tiga jentera ke lokasi kejadian
dan melakukan pemadaman sisa api yang masih ada.

“Anggota bomba dan penyelamat menggunakan satu aliran
dari jentera dan menutup semua injap gas di dalam gudang terbabit,”
katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel