Connect with us

Berita Lain

Guru BI Meninggal Dalam Bilik Guru Akibat Serangan Jantung


KUALA TERENGGANU: Seorang guru Bahasa Inggeris Sekolah
Menengah Agama (SMA) Marang, meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung
dalam bilik guru sekolah itu, tengah hari tadi.
Mohd Nasir Musa, 53, ditemui terbaring dan tidak sedarkan
diri di belakang mejanya oleh seorang guru lain, selepas dikatakan mahu berehat
sementara menunggu waktu rehat jam 12.30 tengah hari.
Difahamkan, mangsa tidak memberi tindak balas ketika
diperiksa oleh guru lain sebelum pihak sekolah menghubungi pasukan perubatan
untuk pemeriksaan.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains,
Teknologi dan Transformasi negeri, A Latiff Awang, berkata jenazah Mohd Nasir
kemudian dihantar ke Masjid Banggol Pauh, Seberang Takir, berhampiran kediaman
keluarganya, untuk disembahyangkan.
Beliau berkata, pihak sekolah menghantar sebuah bas bersama
pelajar untuk turut mengiringi jenazah Allahyarham Nasir sebelum dikebumikan.
“Arwah sudah berkhidmat selama 27 tahun sebagai guru
Bahasa Inggeris di sekolah ini dan pemergiannya amat menyedihkan pihak
sekolah,” katanya ketika dihubungi BH online sebentar tadi.
A Latiff turut berkesempatan menziarah jenazah Mohd Nasir di
sekolah itu.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel