Connect with us

Berita Lain

HANTAR TENTERA KE MYANMAR?


AMAT mengejutkan apabila Datuk Seri Mukhriz Mahathir
mendesak kerajaan Malaysia menghantar Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke
Teluk Bengal untuk menghentikan pembunuhan rejim Myanmar ke atas etnik
Rohingya.
Memetik tulisan beliau di Twitter: “Saya desak Kerajaan
Malaysia hantar saja TLDM ke Teluk Bengal. Itu sahaja bahasa yang Myanmar
faham.  ALLAH selamatkan Rohingya”.
Sebenarnya desakan Datuk Seri Mukhriz ini mungkin
mengejutkan, tetapi tidak menghairankan kerana bahkan Menteri Luar Malaysia,
Datuk Seri Anifah Aman sendiri mengakui bahawa beliau sudah hilang harapan
terhadap Asean bagi menyelesaikan isu Rohingya ini.
Tujuh kali mesyuarat Malaysia bersama Asean dan Myanmar
ternyata sia-sia: “Within Asean, I have given up hope. We had seven meetings,
and Malaysia expressed our concerns to Myanmar and they (Myanmar) promised to
address the concern…Until today, nothing has been done. Therefore, Malaysia may
raise it at other levels, like the United Nations and OIC”.
Pendirian Datuk Seri Mukhriz ini dilihat lebih agresif
berbanding ayahanda beliau, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perlu diketahui bahawa Tun Mahathir bukan sahaja merupakan
pemimpin yang bertanggungjawab membawa Myanmar menyertai Asean, bahkan beliau
juga pernah berusaha melindungi keselamatan pemimpin pro-Demokrasi Aung San Su
Kyi sewaktu ditekan rejim junta tentera dahulu: “Sebelum ini, saya yang
memainkan peranan penting dalam memujuk negara-negara Asean yang lain bagi
menerima Myanmar sebagai ahli (Asean), termasuk membantu semua rawatan sakit
terhadap Aung San Su Kyi… Tetapi kini mereka (Myanmar) sudah berubah”.
Tun Dr. Mahathir juga mengakui bahawa: “Saya juga telah
menulis surat kepada Su Kyi mengenai nasib Rohingya dan meminta beliau campur
tangan untuk menyelesaikan perkara itu. Tetapi tiada jawapan”.
Disebabkan hal inilah Tun Mahathir kemudiannya berpendirian
bahawa Malaysia perlu memutuskan hubungan diplomasi dengan Myanmar “yang
terang-terang begitu zalim sekali terhadap rakyat mereka”.
Adakah pendirian keras boleh mendatangkan impak yang positif
kepada nasib warga Rohingya di Myanmar, kestabilan geopolitik Asia Tenggara,
dan seterusnya kepentingan nasional Malaysia?
Dari segi jumlah kekuatan ketenteraan, angkatan TLDM
Malaysia dengan dua buah kapal selam menurut Global FirePower 2017 adalah
sebanyak 61 berbanding 155 yang dimiliki Myanmar, meskipun Myanmar tidak
mempunyai kapal selam.
Bagaimanapun, Indonesia, Turki, dan Pakistan masing-masing
mempunyai jumlah aset yang lebih besar berbanding Myanmar.
Indonesia mempunyai sejumlah 221 aset tentera laut dengan 4
kapal selam manakala Pakistan 197 dengan 8 kapal selam dan Turki pula 194
dengan 12 kapal selam.
Malah, Bangladesh yang begitu hampir bersempadan dengan
Myanmar juga memiliki jumlah aset tentera laut yang agak besar iaitu 89.  Jika digabungkan kekuatan kuantiti aset
angkatan tentera laut Malaysia, Indonesia, Pakistan, Turki, dan Bangladesh,
jumlahnya adalah 762.
Bahkan jika hanya 30 peratus daripada jumlah aset ini yang
boleh diaturgerak ke Myanmar, jumlahnya saja sudah pun jauh mengatasi jumlah
aset tentera laut Myanmar.
Malah sebagai langkah tambahan yang mungkin boleh diambil
oleh negara-negara OIC ialah tekanan atau sekatan ekonomi ke atas Myanmar.
Secara statistiknya hubungan dagang Myanmar dengan beberapa
negara OIC amat signifikan seperti dengan Indonesia yang berjumlah AS$1 bilion
pada tahun 2016 sahaja, dengan Bangladesh (menghampiri AS$100 juta), dengan
Turki (sekitar AS$40 juta), dengan Malaysia (melebihi RM3 bilion), serta dengan
Pakistan (AS$70 juta).
Namun situasi ini pasti akan menggusarkan kepentingan China
dan Thailand kerana kedudukan Myanmar yang berjiran dengan mereka.  China bahkan memiliki pelaburan melebihi
AS$20 bilion di Myanmar.
Amerika Syarikat juga pasti tidak akan mengizinkan
kepentingan mereka di Myanmar seperti projek yang dimiliki Chevron
tergugat.  Perdana Menteri India Narendra
Modi yang baru-baru ini bertemu dengan Aung San Su Kyi juga pasti tidak selesa
dengan ketegangan yang membabitkan ancaman ke atas potensi kepentingan mereka
di bumi Myanmar yang kaya dengan sumber itu.

Demikian juga dengan negara yang rapat dengan Malaysia
seperti Jepun dan Belanda serta Kesatuan Eropah (EU) yang masing-masing
mempunyai kepentingan di Myanmar.  Maka
berdasarkan perkiraan kepentingan strategik negara, sejauh manakah rakyat
Malaysia akan bersetuju dengan cadangan mengirim TLDM ke Teluk Bengal? 





Sinar Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel