Connect with us

Berita Lain

Jabatan Kastam Akan Dikorporatkan Tahun Depan

Jabatan Kastam Diraja Malaysia

KUALA LUMPUR – Jabatan Kastam akan dikorporatkan pada
Januari tahun depan, lewat daripada jadual asal, disebabkan pelaksanaan Akta
Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan
Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.
“Ia kini dalam proses. Menjelang Januari 2018, saya
harap Jabatan Kastam dikorporatkan,” katanya pada Persidangan GST 2018 di sini
hari ini.
Pada 13 Mac lepas, 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berkata bahawa
pengkorporatan itu merupakan ganjaran kerajaan kepada jabatan itu atas
kecemerlangannya, dan menambah para petugas akan menikmati skim perkhidmatan
yang lebih baik.
Najib turut memuji jabatan itu yang merupakan penyelamat
negara, dengan berkata perlaksanaan GST telah menyelamatkan ekonomi negara.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Meskipun GST dikritik hebat, beliau berkata ia merupakan
langkah berani kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat terbela.
Sementara itu, Irwan berkata Malaysia kini dalam kedudukan
yang baik untuk mencapai sasaran defisit fiskal tiga peratus bagi 2017, susulan
pertumbuhan ekonomi yang baik yang dicatatkan pada separuh pertama tahun ini.
“Tahun depan, angkanya akan lebih rendah dan diharapkan
pada satu hari kelak, kita akan dapat mencatat bajet seimbang,” katanya.
Keluaran dalam negara kasar Malaysia berkembang melepasi
jangkaan pada 5.8 peratus pada suku kedua tahun ini, melepasi unjuran pasaran
pada 5.4 peratus tahun ke tahun, sebahagian besarnya disokong oleh penggunaan
swasta, yang berkembang 3.8 peratus, diikuti pelaburan sebanyak 1.1 peratus.

Ekonomi negara 
meningkat 5.6 peratus pada suku pertama, menjadikannya purata
pertumbuhan kepada 5.7 peratus pada separuh pertama tahun ini. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel