Connect with us

Berita Lain

Jaguh Keirin Dunia Lelong Sarung Tangan Bantu Pusat Tahfiz

Azizulhasni Awang mengucapkan takziah kepada Pengetua Pusat
Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Mohd Zahid Mahmod ketika melawat Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. ― Foto: Bernama

KUALA LUMPUR, 28 Sept — Jaguh keirin dunia, Mohd Azizulhasni
Awang telah melelong sarung tangan yang digunakan semasa Sukan Olimpik Rio 2016
dengan harga RM5,000 untuk sumbangan kepada Pusat Tahfiz Darul Quran
Ittifaqiyah yang terbakar di Jalan Keramat Ujung, di sini, pada 14 September
lepas.
Beliau yang pulang sehari dari Melbourne, Australia, semalam
meluangkan masa untuk melawat pusat tersebut untuk menyampaikan sumbangan dan
juga hasil daripada lelongan amal yang diadakan di akaun Instagram beliau, empat
hari lepas.
Katanya, sumbangan tersebut diharap dapat membantu menampung
keperluan pusat tahfiz berkenaan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Hasil daripada lelongan dengan pembida tertinggi dengan
RM5,000 dan juga ditambah dengan sumbangan beberapa individu, kita sedekahkan
kepada pusat tahfiz ini.
“Saya harap dengan bantuan kecil ini dapat meringankan pusat
tahfiz dan anak-anak tahfiz ini,” katanya, yang turut mengikuti perkembangan
tragedi kebakaran pusat tahfiz itu yang mengorbankan 21 murid serta dua warden
pusat berkenaan.
Azizulhasni melelong sepasang sarung tangan basikal 5Bling
edisi Rio2016 yang digunakan semasa meraih pingat gangsa acara keirin pada
temasya Sukan Olimpik di Rio tahun lepas.
Lelongan pertama yang berakhir jam 8 malam semalam,
menyaksikan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menjadi pembida
tertinggi dengan nilai RM5,000.
Sebelum ini, jaguh trek negara itu pernah melelong sarung
tangan “Save Gaza” yang digunakan pada temasya Sukan Komanwel 2014 dan
sumbangan disalurkan ke Gaza.
Sementara itu, pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran
Ittifaqiyah, Mohd Zahid Mahmod berkata beliau sangat berbesar hati menerima
kunjungan yang tidak disangka daripada seorang atlet bertaraf dunia.
“Ketika berbual tadi, dia (Azizulhasni) berkongsi kesedihan
dan rasa keperitan apabila membaca perkembangan berita (kebakaran) ini,”
katanya.

Menurut beliau, Azizulhasni turut memaklumkan beliau mungkin
akan mengunjungi pusat tahfiz berkenaan jika pulang ke tanah air. ― Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel