Connect with us

Berita Lain

JAIPk Rampas Selipar Tertera Kalimah Syahadah

Selipar tertera kalimah syahadah sebagai pelapik di sebuah hotel di Sitiawan – Foto NSTP/FB

SERI MANJUNG: Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) merampas
selipar yang dipercayai menggunakan kertas tertulis kalimah syahadah sebagai
pelapik di sebuah hotel di Sitiawan, di sini.
Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah Manjung, Roslin Om,
berkata bertindak atas maklumat awam, pemeriksaan dilakukan sepasukan anggota
di premis berkenaan pada jam 11 pagi, semalam.
“Kami mengambil lima pasang selipar, namun hanya
sepasang yang menggunakan kertas keras tertulis kalimah syahadah pada bahagian
dalamnya.
“Empat lagi selipar tiada ayat suci al-Quran atau
syahadah, sebaliknya hanya gambar kartun,” katanya ketika dihubungi, hari
ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Roslin berkata, beliau tidak menolak kemungkinan ada
pelanggan premis berkenaan yang menyedari penggunaan kalimah suci itu selepas
pelapik selipar terbabit terkoyak sebelum meneliti kandungannya.
“Pihak premis berkenaan mendakwa tidak mengetahui
perkara itu, namun apa yang dikesalkan adalah tindakan pihak yang membuat
selipar itu seolah-olah tidak menjaga sensitiviti masyarakat beragama
Islam,” katanya.
Sementara itu, Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusof Husin,
ketika dihubungi mengesahkan rampasan dibuat dan memaklumkan pihaknya sudah
membuat laporan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk tindakan lanjut.
Kejadian ini menjadi viral di laman sosial sejak malam tadi
dan mendapat kecaman netizen, yang melihat perbuatan itu sebagai memperlekeh
dan tidak menjaga sensitiviti agama Islam. – BH online


Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel