Connect with us

Berita Lain

‘Jangan Sampai Kerana Kerja, Anak Kita Kena Sawan’


Teguran guru ini wajar diberikan perhatian yang serius oleh semua ibu bapa. Jangan kerana terlalu mementingkan kerja kita mengabaikan kesihatan anak-anak kita. 

Jika anak-anak sakit ambillah cuti, seperti kata-kata pesanan guru ini “Jangan sampai kerana kerja, anak kita kena sawan (dek
demam panas) di sekolah,”.

Guru ini yang kesal kerana ada
sesetengah ibu bapa yang lebih mengutamakan kerja dari anak mereka yang tidak
sihat dan tetap menghantar mereka ke sekolah. Ini kerana fungsi guru di sekolah adalah sangat terhad, mereka tidak boleh sesuka hati memberi rawatan kepada pelajar yang sakit.

Kesihatan anak-anak adalah dibawah tanggungjawab ibu bapa, guru-guru di sekolah hanya membantu sekadar yang termampu
sahaja. Semoga perkongsian oleh guru ini bermanfaat kepada semua.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


BILA ANAK TAK SIHAT
“Kenapa awak monyok saja ni. Tak sihat ke?”
tegurku pada seorang murid perempuan yang kelihatan tidak bermaya.
Dia diam tanpa menjawab. Namun riak wajah dan kelopak mata
yang kuyu itu menjelaskan situasi dia. Terus aku menuju ke meja dan memegang
dahi. Allah, panas betul. Terus aku pimpin ke bilik air dan basuh kepala dia.
Panas sebegini boleh membawa implikasi yang teruk pada budak usia bawah 10
tahun. Silap-silap boleh sawan atau lebih teruk lagi boleh merosakkan otak.

Selepas membasahkan kepalanya, aku terus bawa murid
berkenaan ke pejabat. Masuk bilik PK Petang, cari ‘cool fever’. Tampal di dahi
dan cepat-cepat aku menghubungi mak dan ayahnya. Sejam kemudian, mak dan
ayahnya sampai. Terus aku suruh bawa pergi ke hospital. Namun sempat jua aku
bertanya,

“Kenapa abang hantar anak ke sekolah walau dia
demam?”
“Saya kerja cikgu. Kalau tak hantar ke sekolah, saya
kena ambil cuti. Cuti dah tak banyak ni,” jawabnya.
Aku diam saja. Namun di hati tidak rela. Kesihatan anak
diperjudi semata-mata kerana kerja. Paling aku geram, dah tahu anak demam
sepatutnya maklumkan pada guru kelas. Biar guru tahu dan sedar dan sekurang-kurangnya
ada pemantauan lebih sikit dari guru.
Pergilah pejabat sekejap, lepas punch in cakaplah elok-elok
dengan boss nak bawa anak ke hospital. Itu kalau jenis sayangkan kerja melebihi
anaklah. Seeloknya, ambil saja cuti. Jaga dan bawa anak ke hospital. Demam
panas bukan boleh buat bergurau bang. Silap-silap boleh cacat otak.
Nauzubillah.

Kisah yang aku tulis ini berlaku beberapa tahun dulu. Dan
hal begini berlaku berkali-kali dalam setahun. Anak yang sakit dipaksa pergi ke
sekolah dengan alasan tiada orang nak jaga sedangkan ibu bapa kerja.

Apa kau ingat guru ini doktor? Kami tak boleh nak
pandai-pandai bagi ubat waima sebiji panadol. Tidak boleh kerana kami bukan
pegawai kesihatan. Kami bukan pengasuh yang boleh tengok dan pantau anak kau
setiap masa. Kami perlu bergerak dari kelas ke kelas. Kami perlu mengelola
pelbagai aktiviti dan program. Tidak boleh tercongok macam pengasuh nak jaga
anak kau bang. Seribu lebih lagi murid lain perlu kami jaga.

Maka bila berlaku kejadian begini, guru biasanya basahkan
kepala murid dengan air dan tampal ‘cool fever’. Selepas itu, murid ini akan
dibawa ke bilik guru dan diminta berehat di meja guru. Guru-guru lain dipesan
untuk tengok-tengokkan murid bila guru itu terpaksa masuk kelas lain, pergi
solat dan sebagainya. Begitulah kebiasaannya.

Nak tinggalkan di bilik rawatan, siapa nak jaga? Nak tinggal
di kelas, lagi tak boleh.
Jadi para guru terpaksa menjaga murid itu bergilir-gilir
mengikut masa yang mereka ‘free’ sementara menunggu waris tiba. Lebih
menyedihkan, ada ibu bapa tidak menjawab panggilan telefon walau berpuluh kali
cuba dihubungi.
Utamakanlah kesihatan anak-anak. Jangan anggap sekolah itu
nursery. Jangan buat cikgu-cikgu itu macam bibik. Jangan harapkan cikgu yang
akan bawa anak kita ke hospital. Cikgu-cikgu pun ada banyak tugas lain yang
perlu diselesaikan. Ada beribu lagi murid yang perlu diberi perhatian.
Anak kita tanggungjawab kitalah. Jangan sampai kerana kerja,
anak kita kena sawan dan boleh menyebabkan terencat akal. Nauzubillah.
Beringatlah sebelum terkena. – Malaysian Update

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel