Connect with us

Berita Lain

Jumlah Mangsa Banjir Langkawi Semakin Meningkat

Foto: Malaysian Digest

LANGKAWI – Jumlah mangsa banjir di Langkawi meningkat kepada
173 orang sehingga 11 pagi ini, apabila sembilan lagi mangsa didaftarkan di
Pusat Pemindahan Dewan Kampung Raja di sini.
Berdasarkan maklumat Bilik Gerakan Pengurusan Bencana Daerah
Langkawi, mangsa banjir itu merupakan penduduk dari 13 kampung di mukim-mukim
Kedawang dan Padang Matsirat.
Sementara itu, paras air di Sungai Kuala Melaka dilaporkan
menurun ke 3.83 meter berbanding 4.02 meter yang dicatatkan pada jam 8 malam
semalam.
Bagaimanapun catatan ini masih lagi melepasi paras bahaya
iaitu 3.40 meter.
Jabatan Meteorologi meramalkan beberapa tempat di pulau ini
akan mengalami hujan pada sebelah petang ini namun akan reda pada sebelah
malam.

— Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel