Connect with us

Berita Lain

Kalau Hendak Minum Arak, Tidak Payahlah Berpesta – MB


SEREMBAN: Kalau hendak
minum arak, minumlah tetapi tidak payahlah berpesta, kata Menteri Besar Datuk
Seri Mohamad Hasan.
Beliau merasakan kalau
hendak berpesta dalam keadaan begitu, ia tidak menunjukkan contoh yang baik
kepada generasi muda.
“Saya tidak
bercakap pasal agama tetapi dari segi moralnya pun sudah tidak betul. Cuba
bayangkan budak-budak muda tengok orang tua-tua tunggang-langgang….

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Pesta arak ini mulanya
dengan ‘October Fest’ di Jerman…huru-hara. Adakah anda mahu ini berlaku di
Malaysia? Saya tidak yakin orang Malaysia yang waras, yang setuju. Saya tidak
cakap dari segi asas agama, tapi dari segi asas moral,” katanya pada sidang
media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, hari ini.
Katanya janganlah
hendak dipesta-pestakan perkara yang kurang baik dari segi moral.
“Dari segi
dasarnya, kita tidak ada dasar melarang atau tidak…tapi saya bercakap dari
segi moral. Tak usahlah kita berbuat sesuatu yang tidak seiring dengan moral
dan juga budaya kita…cuba elakkan.
Siapa yang suka hendak
minum arak, pergilah tempat yang sesuai, bukan secara di khalayak ramai, sebab
bila dah mabuk macam-macam boleh berlaku,” katanya mengulas mengenai
cadangan mengadakan pesta arak di galeri beli-belah Publika di Kuala Lumpur,
Oktober ini.
Mengenai Pasar Besar
Seremban, beliau berkata kerajaan negeri telah membuat keputusan supaya semua
kerosakan yang dialami dalam kebakaran baru-baru ini dibaiki segera.
“Kita telah minta
Majlis Perbandaran Seremban (MPS) menggunakan bajetnya sendiri dahulu sebelum
kita menunggu keputusan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
“MPS sedang
melihat dan meneliti anggaran kos untuk membaiki semula kerosakan pasar
tersebut. Kalau boleh kerja-kerja pemulihan dan penyelenggaraan ini disiapkan
sebelum Tahun Baru Cina tahun depan,” katanya.
Tingkat satu bangunan
pasar itu yang dibina pada 1975 musnah dalam kebakaran pada 9 Sept lepas.

— BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel