Connect with us

Berita Lain

Kantoi Berjudi: Lelaki Tipu Isteri Kata Keluar Berjalan


KLANG – “Kalau isteri tanya saya ke mana, saya nak cakap
pergi jalan-jalan saja,” demikian kata seorang warga emas yang tertangkap
ketika leka berjudi di sebuah pusat beli-belah di sini, hari ini.
Hanya mahu dikenali sebagai Uncle, dia yang ditemui mendakwa
hanya menghabiskan wang sedikit sahaja untuk bermain judi.
“Saya kadang-kadang sahaja datang sini, dalam seminggu ada
dalam dua hingga tiga kali. Adakala tiada langsung.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Habis dalam RM10 hingga RM20 sahaja. Saya pun cuma main
sekejap sahaja,” dakwa lelaki berusia 74 tahun dan sudah tidak bekerja itu.
Ketika ditanya tentang isterinya, wajah lelaki terbabit
berubah sedikit ketakutan kerana bimbang akan dimarahi.
“Isteri saya memang tidak tahu saya datang ke sini berjudi
dan kalau tahu saya ditahan polis pasti perkara lain akan berlaku. Saya tidak
tahu nak jawab dengan isteri saya macam mana..saya akan bagi alasan keluar
berjalan sahaja,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten
Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, Ops Dadu kira-kira jam 12 tengah hari
tadi dijalankan hasil maklumat dan risikan pihaknya selama satu minggu.
Beliau berkata, seramai 22 pelanggan dan lima pekerja premis
termasuk warga Bangladesh berusia 19 hingga 74 tahun ditahan.
“Sebanyak 18 mesin slot, lapan mesin simulator serta wang
tunai berjumlah RM13,900 dirampas.
Tambah Amar lagi, premis yang berselindung disebalik pusat
hiburan keluarga ini dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV), selain
mengubahsuai mesin simulator menjadi mesin perjudian. Malah premis dipercayai
aktif sejak dua bulan lalu ini turut menawarkan tawaran lumayan sebagai daya
tarikan pelanggan.
“Polis sentiasa mengambil langkah pembanterasan
habis-habisan secara berterusan untuk memerangi aktiviti perjudian, maksiat dan
pelacuran,” katanya.
— Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel