Connect with us

Berita Lain

Kebakaran Pusat Tahfiz: 7 Remaja Ditahan


KUALA LUMPUR: Tujuh remaja, termasuk lima suspek utama
dipercayai ditahan polis bagi membantu siasatan kebakaran pusat tahfiz Darul
Quran Ittifaqiyah, Kampung Dato Keramat, di sini, kelmarin.
Daripada tujuh yang ditahan, lima dipercayai penduduk
kawasan berhampiran Kampung Dato Keramat yang berusia 16 hingga 18 tahun,
manakala tiga lagi pelajar tahfiz berkenaan dipanggil bagi membantu siasatan.
Sumber berkata, penahanan dibuat hasil pemeriksaan satu
rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah stesen minyak di Jalan Dato
Keramat yang menunjukkan perbuatan suspek yang mencurigakan, lapor BH online.
“Dalam rakaman itu terdapat kelibat dua lelaki menaiki
motosikal Yamaha Lagenda membeli minyak petrol jam 1.30 pagi, beberapa jam
sebelum kebakaran pusat tahfiz berkenaan,” katanya ketika ditemui BH,
sebentar tadi.
Setakat ini, siasatan polis yang dikatakan menjurus kepada
perbuatan khianat dan balas dendam sedang dijalankan bagi mendapatkan motif
sebenar kejadian.
BH difahamkan, pagi tadi beberapa pengakuan dibuat oleh
suspek terbabit semasa mereka ditahan di lokap Balai Polis Jinjang.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 pagi Khamis lalu, 23
pelajar termasuk dua guru pusat tahfiz berkenaan terkorban selepas terperangkap
di tingkat tiga banglo berkenaan yang menempatkan asrama pelajar.
Sebahagian mangsa ditemui rentung manakala beberapa lagi
lemas akibat terhidu asap. Semua mangsa berusia antara enam hingga 16 tahun.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh
Ishar Singh tidak menafikan berhubung tangkapan itu namun enggan mengulas
lanjut.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel