Connect with us

Berita Lain

Kehadiran Tun M Di Sarawak Tidak Mungkin Dapat Jejas Sokongan Rakyat Kepada Kerajaan

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad bersama rakyat setempat yang membanjiri perkarangan Everrise, BDC di Kuching pada Ahad malam.



AMPANG: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir
Mohamad tidak mungkin dapat jejaskan sokongan teguh rakyat Sarawak kepada
kerajaan.

Malah kata Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Wan Junaidi
Tuanku Jaafar, kehadiran Dr Mahathir ke Bumi Kenyalang itu mamberi impak buruk
kepada pembangkang secara keseluruhannya.
“Saya difahamkan 8,000 orang hadir dengar ceramahnya
semalam. Sebelum ini pada 2013 jumlahnya lebih ramai daripada itu, tetapi
sebaliknya undi majoriti saya semakin meningkat,” katanya dalam sidang media
selepas Majlis Pelancaran Hari Sungai Sedunia sempena perhimpunan bulanan
kementeriannya di Jabatan Pengairan dan Saliran di sini hari ini lapor Astro Awani.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Rakyat Sarawak katanya sedar dan masak dengan ‘penipuan’ Dr
Mahathir yang didakwanya tidak pernah mengambil berat tentang Sarawak ketika
menjawat posisi Perdana Menteri, begitu juga Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa
menjadi timbalannya.
“Sarawak sama sekali diketepikan semasa pentadbiran Dr
Mahathir dan Anwar.
“Saya masih ingat ucapan Anwar ketika merasmikan jejambat
pertama di Kuching, katanya mahu beri separuh bilion untuk bina 31 buah sekolah
di Sarawak. Sudahnya satu sen pun tak keluar.
“Dahulu ada satu pertemuan dengan Menteri Kewangan, saya
mohon pada Anwar untuk naikkan peruntukan projek kecil luar bandar dari
RM150,000 kepada RM500,000 untuk ahli-ahli Parlimen Sarawak dan Sabah kerana
kami mahu bina lebih lagi infrastruktur seperti titi, jambatan, parit dan
sebagainya.
“Anwar kemudian campak fail saya dan kata ‘kita tak
boleh beri semua wang kepada Sarawak’. Saya tak minta semua, saya minta naikkan
sedikit sahaja,” ceritanya.



Justeru, tegasnya adalah sia-sia usaha Dr Mahathir untuk
memujuk rakyat Sarawak berpaling kepada PH selepas kegagalannya memperjuangkan
rakyat negeri itu ketika masih berkuasa.

“Orang Melayu dan Cina di Sarawak faham cerita beliau (Dr
Mahathir) ini, dia tidak berkata benar.
“Ada orang yang hadir ke ceramahnya pun sekadar mahu dengar
apa lagi ‘sampah’ yang keluar dari mulutnya,” ujarnya.

Dilaporkan ribuan penyokong PH dan rakyat setempat
membanjiri perkarangan Everrise, BDC di Kuching pada Ahad malam yang turut
dihadiri Pengerusi PKR Negeri, Baru Bian, Pengarah Pilihan Raya Parti Amanah
Negara, Dr Hatta Ramli dan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel