Connect with us

Berita Lain

Kejayaan ‘Strategi Lautan Biru’ Luar Biasa – PM Najib


PEKAN, 23 Sept — Pelaksanaan program Strategi Lautan Biru
Kebangsaan (NBOS) mencatatkan kejayaan luar biasa dalam menyediakan
perkhidmatan terbaik kepada rakyat dengan perbelanjaan yang optimum.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata NBOS yang
menghimpunkan lebih 80 agensi kerajaan juga bermatlamat sebagai pemecah dinding
antara kementerian, jabatan dan agensi yang lazimnya mengamalkan perkhidmatan
secara berasingan.
Permuafakatan pelbagai agensi ini, menurut Najib,
membolehkan rakyat menikmati perkhidmatan terbaik yang menekankan tiga elemen
utama iaitu berimpak tinggi, dilaksanakan dengan pantas dan menjimatkan
perbelanjaan kerajaan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Sebagai contoh dalam NBOS kita ada laksanakan UTC
(Pusat Transformasi Bandar) yang dilaksanakan di 20 lokasi termasuk di Kuantan
dan saya diberitahu telah ada 51 juta pelanggan menggunakan perkhidmatan ini
dan daripada jumlah itu, 5.9 juta pelanggan sahaja adalah di UTC Kuantan.
“Apa yang unik, UTC ini mampu menjimatkan perbelanjaan
kerajaan sehingga RM2 bilion kerana kita menghimpunkan semua perkhidmatan di
bawah satu bumbung sahaja, keadaan ini memberi keuntungan kepada kita,” katanya
semasa berucap merasmikan Fiesta NBOS Bersama-sama Rakyat di Padang Kampung
Baru Salong di sini hari ini.
Majlis turut dihadiri Menteri Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan
Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.
Najib yang juga Anggota Parlimen Pekan berkata NBOS
merupakan satu perkara unik yang tidak terdapat di negara lain apabila
menawarkan perkhidmatan sehingga pukul 10 malam setiap hari kecuali pada cuti
am.
Mengenai Fiesta NBOS, Najib menyifatkan penganjuran fiesta
itu yang julung kali diadakan itu juga menjadi bukti tohmahan yang dimainkan
pembangkang bahawa kerajaan bankrap tidak tepat.
“Kita bukan tak ada duit tapi kita himpunkan pelbagai
agensi kepada rakyat termasuk di luar bandar kerana dapatkan keberhasilan yang
baik. Kita akan buat lebih banyak fiesta seperti ini di tempat lain.
“Kita mahu turun ke bawah dan jumpa dengan rakyat sebab
pembangkang buat macam-macam tohmahan yang tidak berasas yang mana kita perlu
terangkan bahawa apa yang kita lakukan ini adalah untuk rakyat,” katanya.
Najib berkata penggunaan perkataan Fiesta yang berasal
daripada perkataan Sepanyol bermaksud ‘pesta’ juga memberi pengertian bahawa
program santai itu diadakan untuk rakyat berasa seronok dengan perkhidmatan
yang disediakan kerajaan.
Ini selari dengan pengisian program yang berlangsung
sehingga petang ini seperti Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (Mobile CTC)
yang membawa perhidmatan kerajaan terus kepada penduduk selain tawaran potongan
harga barangan keperluan antara lima hingga 20 peratus, katanya.
Selain itu, Najib berkata kerajaan sedang mempertimbangkan
untuk mempromosikan nombor pendaftaran kenderaan NBOS pada masa akan datang.
Sebelum itu Mohd Irwan Serigar dalam ucapan alu-aluannya
berkata program Mobile CTC telah dilaksanakan di 341 kawasan luar bandar
seluruh Malaysia yang merupakan satu daripada inisiatif cetusan idea perdana
menteri.
“Setiap kali saya berjumpa dengan perdana menteri,
banyak idea baharu yang dikeluarkan beliau untuk kemajuan dan kebaikan rakyat
termasuk dalam pelaksanaan NBOS kerana beliau mahu himpunkan agensi untuk
kemudahan rakyat,” katanya.
Sehubungan itu, Mohd Irwan Serigar meminta rakyat untuk
tidak mudah mempercayai dakyah pembangkang bahawa kerajaan sedang bankrap yang
tidak selari dengan penganjuran program-program berimpak tinggi untuk rakyat.
“Banyak projek sedang dilaksanakan dan banyak juga
pelaburan luar negara masuk ke dalam negara kita, ini semua dapat dapat
dilakukan kerana negara kita ditadbir dengan baik membolehkan ekonomi terus
berkembang,” katanya. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel