Connect with us

Berita Lain

KEMBALIKAN SEMULA SUBSIDI PETROL KEPADA RAKYAT


SHAH ALAM: Penentuan harga minyak menerusi kaedah apungan
terkawal sejak 2014 memperlihatkan pelbagai reaksi daripada rakyat negara ini.
Ada pihak bersetuju dan ada pihak yang menolak kaedah
berkenaan dengan alasan pemberian subsidi minyak kepada rakyat negara ini perlu
diteruskan.
Bermula Mac lalu, kerajaan menambah baik kaedah penentuan
harga minyak daripada bulanan kepada mingguan.
Menerusi ruangan cadangan rakyat kepada Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak di laman sesawang https://bajet2018.najibrazak.com
pelbagai pandangan diutarakan mengenai harga petrol.
Antara cadangan lain yang menerima sokongan tinggi adalah
kerajaan perlu mengembalikan semula subsidi petrol kepada rakyat.
Bagi Ranjit Muniandy, dia mencadangkan pemberian subsidi itu
perlu lebih sistematik iaitu menggunakan MyKad.
“Pelaksanaannya perlu lebih sistematik iaitu menggunakan
MyKad bagi urusan subsidi petrol dan kaedah tersebut dapat mengehadkan
perbelanjaan, serta memastikan hanya warganegara Malaysia mendapat keistimewaan
itu,” katanya.
Mmelvyn D’Cruz turut mencadangkan kad diskaun petrol bagi
pendapatan RM3,000 ke bawah diperkenalkan.
“Kad berkenaan perlu mempunyai gambar pemilik, nombor
kad pengenalan dan nombor pendaftaran kenderaan,” katanya.
Manakala bagi Hazman Ghazali, dia mengharapkan kerajaan
memperkenalkan satu mekanisme menetapkan harga minyak RON95 kepada satu harga
kekal dan berkuota.
“Sebagi contoh Ron 95 ditetapkan sebanyak RM1.50 seliter
dengan kuota sebanyak 20 liter pertama dan harga selepas itu mengikut harga
pasaran bagi setiap kenderaan,” katanya.

— Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel