Connect with us

Berita Lain

Kena Dakwa Cuba Bunuh Polis

Penganggur, Leong Chee Kae, 45, didakwa atas lima pertuduhan
di Mahkamah Sesyen – Foto: BH online

IPOH: Seorang lelaki didakwa atas enam pertuduhan di
Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini, hari ini atas pelbagai kesalahan
termasuk cubaan membunuh serta mencederakan polis dan orang awam di Taman Tasek
Jaya, dekat sini, Jumaat lalu.
Penganggur, Leong Chee Kae, 45, didakwa atas lima pertuduhan
di Mahkamah Sesyen membabitkan Seksyen 307 Kanun Keseksaan (KK) kerana cubaan
membunuh, Seksyen 506 KK kerana melakukan ugutan jenayah, Seksyen 324 KK kerana
mendatangkan kecederaan dan Seksyen 186 KK kerana menghalang tugas penjawat
awam.
Dia juga berdepan satu pertuduhan mengikut Seksyen 14 Akta
Kesalahan Kecil 1955 kerana menggunakan perkataan kurang sopan dan aib terhadap
seorang anggota polis.
Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan
kesalahan itu pada jam 11 malam dengan cuba untuk membunuh Inspektor Ishak
Jumain, Lans Koperal V Prabhakaran, Lans Koperal A Puvandra, Inspektor Nizam Ab
Latiff dan Korperal Yong Kok Vui dengan menyimbah cecair dipercayai minyak
tanah dan cuba melemparkan lilin menyala kepada mereka.
Bagi tuduhan kedua, Chee Kae pada masa dan lokasi sama
didakwa menakutkan secara jenayah Inspektor Ishak Jumain dengan berkata akan
membakar beliau jika cuba menangkapnya, lapor BH online.
Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa pada masa dan
lokasi sama menyebabkan kecederaan terhadap Lans Korperal A Puvandra
menggunakan pisau pemotong daging.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Bagi pertuduhan keempat pada masa dan lokasi sama, dia
didakwa menghalang Inspektor Ishak Jumain daripada menjalankan tugas dengan
lari masuk ke dalam rumah bagi mengelak ditangkap, selain turut didakwa
menggunakan perkataan aib dan kurang sopan terhadap pegawai polis terbabit bagi
pertuduhan kelima.
Tertuduh mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan di
hadapan Hakim Norashima Khalid.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Nazatul Natrah
Mohd Yusuf, manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman
Kebangsaan (YBGK), Chiang Mei Wan.
Terdahulu, peguam bela memohon tertuduh dihantar menjalankan
pemeriksaan kesihatan mental di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Ulu Kinta
kerana keluarga tertuduh mendakwa dia mempunyai rekod berdepan masalah mental.
Hakim membenarkan tertuduh menjalankan pemeriksaan dalam
tempoh sebulan dan menetapkan 16 Oktober sebagai tarikh sebutan semula.

Terdahulu, tertuduh turut didakwa di Mahkamah Majistret di
sini mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan
terhadap orang awam pada tarikh dan lokasi sama.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel