Connect with us

Berita Lain

Kereta Rempuh Depan Surau, 2 Sahabat Parah

Kereta terbabas dan merempuh bahagian hadapan surau di Kampung Parit Air – Foto Ihsan Bomba/BH Online

RANTAU PANJANG: Dua lelaki parah apabila kereta yang mereka
naiki terbabas dan merempuh bahagian hadapan surau di Kampung Parit Air, di
sini, hari ini.
Kejadian jam 1.50 tengah hari itu ketika Mohd Hanif Mokhtar,
22, yang memandu bersama rakannya, Mohamad Amizi Kamaruddin, 22, dalam
perjalanan dari arah Rantau Panjang menghala Pasir Mas.
Pegawai kastam, Azree Shaari, 44, yang menyaksikan nahas
itu, berkata dia sedang bertugas di pintu dua Zon Bebas Cukai di sini, sebelum
terdengar dentuman kuat dan melihat kereta mangsa melanggar tiang surau.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Nasib baik ketika itu tiada orang di sekitar kawasan
terbabit. Saya dan beberapa orang cuba membantu, namun pemandu kereta tersepit
dan cedera parah.
“Kami terpaksa menunggu pihak bomba datang
membantu,” katanya kepada portal BH online.
Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Rantau
Panjang, Mokhtar Che Mah, berkata pihaknya menerima panggilan jam 2 petang dan
terus ke tempat kejadian.

“Seramai lima anggota terbabit membantu mengeluarkan
mangsa yang tersepit di bahagian pemandu. Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital
Pasir Mas untuk rawatan lanjut,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel