Connect with us

Berita Lain

Kes Bunuh Di Pusat Hiburan, Empat Lagi Diburu Polis


LIMA lelaki ditahan manakala empat lagi sedang diburu polis
bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki di kawasan pusat hiburan Jalan
Kuhara Tawau, 17 September lalu.
Mangsa, Norajlan Norsait, 32, meninggal dunia selepas dua
hari dirawat di Hospital Besar Tawau akibat parah di kepala lapor My Metro.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus
berkata, lima suspek lelaki berusia 28 hingga 51 tahun ditahan bagi membantu
siasatan manakala empat lagi yang sedang diburu ialah Harman, 20; Ajai, 30;
Fadilah Abdul Latif, 34; dan Herman Langguru, 33.
“Siasatan mendapati pada 16 September lalu, mangsa ke
pusat hiburan di Jalan Kuhara bersama lima rakannya.
“Kira-kira 2 pagi, 17 September, mangsa dan rakannya keluar
dari pusat hiburan berkenaan untuk pulang dan ketika berada di luar pusat
hiburan itu, tiba-tiba sekumpulan lelaki (suspek) datang dan menyerang seorang
rakan mangsa,” katanya yang dihubungi hari ini.
Beliau berkata, mangsa cuba meleraikan pergaduhan namun
seorang suspek menumbuk mukanya
“Mangsa melarikan diri ke arah Jalan Kuhara namun diekori
dua suspek.
“Mangsa kemudian dipukul dua suspek berkenaan di kepala
namun dia sempat menyelamatkan diri sebelum dihantar ke hospital untuk
rawatan,” katanya.
Fadil berkata, motif kejadian akibat perselisihan faham
ketika berhibur di pusat hiburan berkenaan.

Menurutnya, kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun
Keseksaan kerana membunuh.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel