Connect with us

Berita Lain

KHALID BUKAN BEKAS KPN PERTAMA TERAJUI BIDANG KORPORAT


Lantikan bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu
Bakar sebagai Pengerusi Prasarana menjadi mainan politik pemimpin pembangkang
yang menganggap beliau tidak mempunyai pengalaman dalam bidang pengangkutan.
Antara yang mempertikaikan lantikan Khalid adalah Ahli Parlimen
Serdang, Ong Kian Ming menerusi laman mikro twitternya.

“Adakah @KBAB51 (Khalid) mempunyai kepakaran dalam
pengangkutan awam yang kita tidak sedar?” tulis ahli parlimen DAP itu.





Menjawab soalan berkenaan, penganalisis politik, Kapten (B)
Abdul Rahmat Tun Hanif berkata jawatan disandang Khalid bukanlah jawatan
eksekutif yang melibatkan pembuatan keputusan dan mengawal selia operasi harian
Prasarana.
“Saya tidak menyalahkan Ong Kian Ming kerana memaparkan
kebodohan seperti itu. Jika tidak mengapa beliau memilih DAP sebagai platform
politiknya?
“Bagi yang bertanyakan soalan sama, Pengerusi Prasarana
adalah jawatan bukan eksekutif. Khalid tidak perlu terlibat dalam operasi
harian GLC (syarikat berkaitan kerajaan). Pernah dengar Ketua Pegawai
Eksekutif? Ya, dialah orang yang menguruskan syarikat,” jelas Abdul Rahmat
dipetik blognya, Seademon Says.
Naib Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP) Andrew Tiong Yap
Choon turut melontarkan soalan sama, dan sebagai anak kepada bekas KPN ke-4,
Abdul Rahmat menjelaskan bahawa bapanya menyertai korporat setelah bersara
daripada pasukan polis pada 1994.
“Kamu pernah dengar Park May Berhad? Selepas diuruskan
oleh bekas polis pada 1996 syarikat akhirnya berubah dan buat pertama kalinya
pemandu menikmati bonus.
“Hanya pada 2007 semasa gabungan syarikat bas yang menyebabkan
Park May diambil alih oleh Konsortium Transnasional Berhad,” balas komen
Abdul Rahmat  menerangkan khidmat Tun
Hanif sebagai ahli korporat kepada kenyataan Andrew di Facebook.

Selain meneraju Park May sebagai Pengerusi, Tun Hanif juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Maxis Communication Berhad, General Corporation Berhad, Timbalan Pengerusi Genting Berhad dan Resort World Berhad, selain ahli lembaga pengarah di AMMB Holdings dan AMFB Holdings.

“Mungkin beliau (Andrew) perlu mengkaji selidik berkaitan lantikan Khalid. Beliau mungkin boleh dapat jawapan mudah daripada Presiden parti M Kayveas, yang kini merupakan Penasihat Khas di Kementerian Pengangkutan.
“Jika beliau tidak mempunyai akses penuh terhadap Kayveas, maka mungkin beliau tanya (CEO Air Asia) Anthony Francis Fernandes apa yang beliau tahu akan perniagaan penerbangan selepas melompat keluar daripada industri muzik?
“Atau tanya sahaja budak ‘Estate’ Benta, Kayveas, apa yang dia tahu mengenai pengangkutan sehinggakan beliau dilantik sebagai penasihat di Kementerian Pengangkutan sedangakan beliau tidak mempunyai pengalaman?
“Pandai bermakna tahu soalan yang ingin ditanya. Bijak adalah tahu bila soalan perlu diajukan. Malangnya, ramai tiada kedua-duanya,” tulis Abdul Rahmat lagi. – Malaysian Digest

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel