Connect with us

Berita Lain

Khazanah, KWSP Rancang Tingkat Pelaburan Di AS, Beli Lebih Banyak Pesawat Boeing Bagi MAB – Najib


WASHINGTON DC: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan
Khazanah Nasional Bhd merancang meningkatkan pelaburan mereka di Amerika
Syarikat (AS) dan membeli lebih banyak pesawat Boeing bagi membantu mengukuhkan
ekonomi negara itu, umum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurutnya, KWSP sahaja dijangka melabur antara US$3 bilion
dan US$4 bilion (US$1 = RM4.19) di negara tersebut.
“Saya ingin katakan bahawa kami datang ke sini dengan
membawa cadangan nilai yang kukuh untuk dikemukakan. Kami mahu membantu anda
mengukuhkan ekonomi AS,” kata Najib semasa pertemuan delegasi Malaysia
dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, di sini, hari ini.
Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata delegasi Malaysia
mempunyai tiga cadangan khusus.
Pertama, katanya, Malaysia berhasrat menambah bilangan
pesawat Boeing yang akan dibeli oleh Malaysia Airlines Bhd (MAB), “Kami
komited untuk membeli 25 pesawat 737-MAX 10, lapan 787 Dreamliners dan ada
kebarangkalian besar, bukan kemungkinan, yang kami akan menambah 24 (atau) 25
lagi 737-MAX 10 dalam masa terdekat.”
Jadi, dalam masa lima tahun, dengan pembelian tambahan itu,
janji niaga tersebut akan bernilai melebihi US$10 bilion, katanya.
Pesawat 737 MAX 10 bakal menjadi pesawat satu lorong paling
menguntungkan bagi syarikat penerbangan tersebut, menawarkan kos tempat duduk
paling rendah, manakala 787 Dreamliner merupakan pesawat enjin berkembar dengan
kerangka sederhana bagi perjalanan jarak jauh.
Perbincangan dengan Trump itu merupakan kemuncak lawatan
kerja Najib ke AS dari 11-13 Sept atas jemputan daripada Presiden AS ke-45 itu
yang memegang jawatan pada 20 Jan tahun ini.
Najib berkata kerajaan juga akan cuba memujuk syarikat
penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd untuk membeli enjin General Electric
buatan AS.
“Keduanya, Kami memiliki KWSP, yang merupakan dana
pencen utama di Malaysia. Mereka memiliki modal yang besar untuk dieksport,
mereka melabur hampir US$7 bilion dari segi ekuiti di AS dan mereka berhasrat
untuk melabur tambahan US$3 bilion hingga US$4 bilion bagi menyokong
pembangunan semula prasarana anda,” katanya.
Perdana Menteri juga berkata Khazanah Nasional, yang
memiliki pejabat di Silicon Valley, California dan telah melabur kira-kira
US$400 juta dalam syarikat teknologi tinggi, juga berhasrat meningkatkan
pelaburannya.


— Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel