Connect with us

Berita Lain

KISAH TULAR DI FACEBOOK, ANGGOTA POLIS BUAT LAPORAN BALAS


ANGGOTA polis Balai Tun H.S Lee membuat laporan polis
susulan kenyataan yang dimuat naik lelaki yang mendakwa anggota polis itu
enggan menerima laporan berhubung kes curi membabitkan orang kurang upaya (OKU)
pekak dan bisu pada 8 September lalu sehingga tular di Facebook (FB).
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohd Sukri
Kaman berkata, lelaki itu yang tidak mahu membuat laporan polis dan bukannya
anggota polis yang tidak mahu menerima laporan daripada lelaki terbabit.
Katanya, lelaki yang memuat naik dakwaan berkenaan datang ke
balai polis bersama OKU yang didakwa mencuri wang dan kad ATM adik sepupunya
yang juga OKU pekak dan bisu.
“Dia (lelaki) itu datang bersama OKU yang didakwa mencuri
wang dan kad ATM milik adik sepupunya. Anggota polis yang bertugas ketika itu,
meminta lelaki berkenaan menceritakan kejadian bagi tujuan membuat laporan
polis dan supaya siasatan terperinci dapat dijalankan.
 “Bagaimanapun,
lelaki itu keluar dari balai untuk berbincang bersama rakannya sebelum masuk
semula dan memberitahu tidak mahu membuat laporan polis kerana ingin berbincang
dengan individu lain,” katanya.
Menurutnya, lelaki itu membawa OKU terbabit keluar dari
balai polis tanpa sebarang masalah.
Berdasarkan status yang tular itu, lelaki terbabit memohon
penjelasan mengenai tindakan anggota polis yang enggan menerima laporan
daripadanya berkaitan kes curi.
Lelaki terbabit mendakwa, wang adik sepupunya sebanyak
RM1,700 dikeluarkan oleh lelaki OKU yang didakwa mencuri kad ATM mangsa.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel