Connect with us

Berita Lain

KOREA UTARA JALANKAN UJIAN NUKLEAR LAGI

Foto: Al Jazeera



KOREA UTARA dipercayai menjalankan ujian nuklear keenam,
hari ini selepas gegaran bermagnitud 6.3 dikesan berhampiran lokasi ujian
utama.

Ujian itu dijalankan beberapa jam selepas Korea Utara
mendakwa berjaya menghasilkan bom hidrogen yang boleh dimuatkan ke dalam peluru
berpandu balistik antara benua barnya lapor my metro.
Ketua Staf Bersama Korea Selatan dalam satu kenyataan
berkata, gempa seismik dikesan berhampiran tempat ujian di Punggye, Korea
Utara.
Sementara itu, Kajian Geologi America Syarikat (USGS)
merekodkan gegaran berukuran 6.3 iaitu lebih besar berbanding ujian sebelum
ini.
Ahli geofizik USGS, Jana Pursely berkata: “Ia satu letupan,
bukannya gempa bumi.”

Sementara itu, satu lagi gempa bumi dipercayai akibat
runtuhan dikesan berhampiran lokasi ujian nuklear.
Pusat Rangkaian Gempa Bumi China berkata, ia dikesan
beberapa minit selepas letupan dipercayai ujian atomik itu.
Pegawai China berkata, gempa berukuran 4.6 magnitud itu
mungkin akibat runtuhan tetapi tidak memberi maklumat lanjut.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel