Connect with us

Berita Lain

KPN: Remaja Lelaki Ditahan Bukan Suspek Kebakaran

Foto:antarapos

KUALA LUMPUR – Seorang remaja lelaki yang ditahan hari ini
bukan suspek kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Kampung Datuk
Keramat di sini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
“Jika ditanya ada tangkapan… ya memang ada, tetapi dia
bukan suspek kebakaran dan penahanannya hanya bagi membantu siasatan pihak
polis,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Sebelum ini, media tempatan melaporkan polis menahan seorang
pelajar tahfiz kerana dipercayai menyelinap keluar dari asrama berkenaan beberapa
jam sebelum kebakaran berlaku.
Perkara itu juga telah tular di media sosial hingga
menimbulkan pelbagai spekulasi.
Sementara itu, seorang kakitangan pusat tahfiz yang enggan
dikenali berkata remaja yang dibawa melawat ke lokasi kejadian bukanlah pelajar
sekolah berkenaan tetapi disyaki terlibat dalam kes kecurian di bangunan
pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Menurutnya, bangunan PPIM itu terletak bersebelahan pusat
tahfiz yang kini dalam proses baik pulih yang memungkinkan kes kecurian
berlaku.
“Sebelum ini terdapat kes kecurian mesin air layan diri
di hadapan pejabat itu dan remaja tersebut adalah penduduk kawasan sekitar
kampung ini.
“Demi ALLAH lelaki itu bukan pelajar tahfiz sebab saya
kenal semua pelajar sekolah ini,” katanya.
Dalam kebakaran 5.15 pagi semalam, 21 pelajar dan dua guru
merangkap warden pusat  tahfiz  berkenaan meninggal dunia.-Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel