Connect with us

Berita Lain

Lindungi Pendatang, Lelaki Rohingya Kembali Ke Penjara Selepas Hukuman Penjara Ditambah

Pelarian Rohingya – Foto BBC.com

PUTRAJAYA, 16 Sept — Seorang etnik Rohingya, pemegang kad Pesuruhjaya
Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) kembali semula ke penjara semalam selepas
Mahkamah Rayuan menambah hukuman penjaranya daripada tiga tahun kepada lima
tahun kerana melindungi 20 pendatang Bangladesh dan Myanmar yang diseludup ke
negara ini.

Panel tiga hakim dianggotai hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abang Iskandar
Abang Hashim dan Datuk Vernon Ong Lam Kiat serta hakim Mahkamah Tinggi Datuk
Suraya Othman membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pendakwa raya
terhadap Muhammad Yunus, 32.
“Kami bersetuju hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi terhadap
responden (Muhammad Yunus) secara nyata adalah tidak memadai,” kata Abang
Iskandar.
Ketika membenarkan rayuan pendakwa raya, beliau berkata (rayuan pihak
pendakwaan) mempunyai merit dan memerintahkan Muhammad Yunus menjalani hukuman
itu daripada tarikh dia ditangkap pada 2 Julai 2015.
Muhammad Yunus dibebaskan dari penjara pada 2 Julai tahun ini selepas
selesai menjalani hukuman penjara tiga tahun. Dia kemudiannya ditempatkan di
Depot Tahanan Imigresen Belantik, Sik, Kedah sementara menunggu rayuan itu
didengar.
Timbalan pendakwa raya Anas Bashari berhujah hukuman berat dapat
mencegah kesalahan seperti itu dan bagi menunjukkan kesalahan membabitkan
keselamatan dan kedaulatan negara tidak harus dipandang ringan.
Anas berkata hukuman itu harus dijadikan pengajaran kepada Muhammad
Yunus dan semua orang termasuk pendatang asing yang terlibat dalam kesalahan
sama.
Peguam Muhammad Yunus, Burhanudeen Abdul Wahid berhujah Mahkamah Tinggi
telah mempertimbangkan semua fakta ketika menjatuhkan hukuman penjara tiga
tahun terhadap anak guamnya. Beliau berkata Muhammad Yunus bukanlah pelaku
utama.
Muhammad Yunus mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Alor Setar melindungi
12 pendatang Bangladesh dan lapan Myanmar berusia lingkungan 18 hingga 54
tahun, di Lot 84, Jalan Titi Haji Idris, Kampung Alor Sentap, Pokok Sena, Kedah
pada 4.44 pagi pada 2 Julai 2015.
Mengikut fakta kes, pasukan polis menyerbu rumah itu dan mendapati
terdapat beberapa lelaki warga Myanmar dan Bangladesh tanpa dokumen perjalanan
yang sah, dalam keadaan lemah.
Siasatan mendapati lelaki berkenaan memasuki Malaysia melalui ejen dan dijanjikan
pekerjaan.
Bagaimanapun, sebaik tiba di Malaysia, mereka dikurung di dalam rumah
itu sehingga anggota keluarga mereka membayar duit kepada ejen untuk pembebasan
mereka. — Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel