Connect with us

Berita Lain

MALAYSIA MESTI BERANI, YAKIN MELANGKAUI BATAS PENCAPAIAN YANG LAZIM – PM NAJIB


KUALA LUMPUR 9 Sept. – Malaysia harus sentiasa meletakkan
sasaran pencapaian yang tinggi bagi membolehkan negara terus terkehadapan dan
mencipta lebih banyak kisah pembangunan dan kejayaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dalam
usaha kerajaan menjayakan Dasar Digital Malaysia dan mempersiapkan negara
menuju era Revolusi Perindustrian Keempat, Malaysia tidak mempunyai pilihan
melainkan mesti berani dan meyakinkan diri bahawa negara mampu untuk melonjak
lebih jauh daripada biasa.

 “Maknanya, pencapaian kita mulai kini seharusnya mampu
melangkaui batas-batas pencapian yang sudah lazim, atau “we must always raise
the bar high and continue to keep the bar high for Malaysia”.
“Barulah Malaysia kelak, bukan setakat dikenali sebagai
‘role model” sebuah negara Islam, akan tetapi secara duniawinya, bakal menjadi
rujukan kawan dan lawan sebagai sebuah negara dinamik “High Income Advanced
Economy” yang disegani,” katanya ketika menggariskan hala tuju negara dalam
ucapan sembah tahniah bersempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Sultan
Muhammad V, di Istana Negara, di sini, hari ini.
Tambahan, perdana menteri berkata Malaysia sekarang sudah berjaya
diletak pada landasan yang tepat dan benar menuju Transformasi Nasional 2050
(TN50) , sekaligus bermakna negara tidak boleh lagi kekal di takuk lama.

Terdahulu dalam ucapannya, perdana menteri
menzahirkan rasa gembira kerana negara bukan sahaja meraikan kegembiraan
berganda selepas muncul juara keseluruhan Sukan SEA ke-29 dan menyambut Hari
Kebangsaan tetapi sebenarnya telah mencapai satu lagi kegembiraan dengan
sambutan Hari Keputeraan rasmi pertama Sultan Muhammad V, selaku Yang
di-Pertuan Agong ke-15, hari ini.
“Seluruh rakyat Malaysia seolah-olah
mempersembahkan hadiah kepada tuanku serta bersama-sama, meraikan semua hal-hal
yang gembira, sempena Hari Keputeraan Rasmi tuanku buat kali yang pertama,
selaku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-15,” katanya.
Mengulas mengenai kejayaan kontinjen negara pada
Sukan SEA yang dianjurkan Malaysia sendiri, Najib menyifatkan ia sebagai
pencapaian terhebat negara dalam sejarah Sukan SEA dan berharap pelbagai lagi
rekod kejayaan akan dicipta pada Sukan Para ASEAN yang akan bermula 17 Sept
ini.
Merujuk kepada hal ehwal pembangunan dan kemajuan
negara yang muktahir, perdana menteri berkata kerajaan akan terus mengutamakan
projek-projek infra-rakyat seperti Transit Aliran Massa (MRT), Rangkaian Rel
Pantai Timur (ECRL), Lebuh Raya Pan-Borneo serta projek keretapi kelajuan
tinggi yang kini sedang rancak dan bakal dibina tidak lama lagi.
“Pastinya jua, apa-apa isu berkait kos sara hidup
rakyat, akan menjadi keutamaan kepada kerajaan tuanku, agar rakyat teramai
tidak terbeban dengan arus kepesatan pembangunan negara yang sedang berpecut
laju,” kata perdana menteri.
Perdana menteri berkata dalam memperkukuhkan
ekonomi negara, kerajaan tidak membuang masa dengan hal-hal remeh lagi
merugikan, sebaliknya sejak lapan tahun lepas melalui Dasar Transformasi
Nasional, kerajaan berfokus seoptimum mungkin bagi terus memperkukuh daya tahan
ekonomi di celah-celah kemelut ekonomi global.
Beliau turut mempersembahkan kedudukan terkini
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang merekodkan pertumbuhan pada kadar 5.8
peratus pada suku kedua tahun ini, iaitu antara yang tertinggi di dunia selain
rizab antarabangsa Bank Negara yang semakin kukuh apabila kini merekodkan
pertambahan kepada RM431.7 bilion.
Najib turut memetik beberapa pengiktirafan
antarabangsa untuk negara termasuk oleh agensi penarafan Fitch Ratings yang
mengekalkan penarafan kredit Malaysia dengan unjuran stabil pada skor A-,
manakala majalah Forbes meletakkan Malaysia pada kedudukan teratas antara semua
negara Asia untuk pelaburan dan majalah International Living pula memilih
negara sebagai destinasi persaraan terbaik dunia bagi 2017.
“Apa yang mustahak, segala fakta, angka dan
peratusan kejayaan yang ditempa bukanlah hal syok sendiri, seperti cuba
dimomokkan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Jelas sekali,
segalanya telah diabsahkan oleh badan-badan berwibawa,” katanya.
Dalam pada itu, Najib turut berharap segala
kejayaan yang ditempa tidak dirosakkan mana-mana individu atas agenda peribadi.
“Malaysialah Negara kita, Tanah Tumpahnya Darah
kita, Biar Putih Tulang, Jangan Sampai Putih Mata. Dirafak-rafak doa, semoga
Allah terus memberi pertolongan dan rahmatNya, ke atas tanah pusaka bertuah ini
sehingga akhir waktu,” katanya.
Selain itu, Najib turut memaklumkan bahawa kerajaan
akan terus berperanan aktif dalam membantu golongan etnik minoriti Rohingya dan
akan membawa isu itu hingga ke peringkat Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) , agar kezaliman yang tidak berperikemanusiaan
itu dapat dihentikan segera.


— BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel