Connect with us

Berita Lain

Mat Sabu: Di Pekan Pun Saya Boleh Menang…


KUALA LUMPUR – Presiden Amanah, Mohamad Sabu menzahirkan keyakinan, bahawa beliau mampu menang dimana-mana kerusi sekiranya beliau bertanding pada PRU14 nanti.

Mohammad Sabu atau lebih mesra disapa Mat Sabu, bagaimanapun berkata, soal di mana kedudukan kerusi beliau bertanding belum masih diputuskan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Saya rasa peluang untuk menang dimana-mana termasuk di Kelantan, Pekan (Pahang).

“Namun apa-apapun parti akan pertimbangkan dan belum diputuskan lagi, jadi ia bergantung kepada keputusan akhir parti,” katanya kepada pemberita di sidang medianya di Wisma Amanah, di sini hari ini.

Sebelum ini, memetik laporan portal mendedahkan parti Amanah berkemungkinan meletakkan Mat Sabu sebagai calon PRU14 untuk kerusi Parlimen Kota Raja dan kerusi Dun Taman Templer.

Ini dipercayai sebagai sebahagian daripada langkah meletakkan pemimpin parti itu yang lebih dikenali di Selangor bagi menempatkan kedudukan parti itu sebagai pengganti Pas dalam kerajaan negeri.

Awal bulan ini, Amanah Selangor telah mencadangkan membawa Mat Sabu yang berasal dari Kedah, untuk mengetuai cabaran di negeri mereka.

Menurut data Pilihanraya Umum 2013, Kota Raja, yang merangkumi sebahagian bandar Klang, mempunyai 44 peratus pengundi Melayu diikuti oleh India (29 peratus) dan Cina (25 peratus).

Dalam pada itu, jelas Mat Sabu lagi permintaan untuk beliau masuk bertanding pada PRU14 nanti datang dari banyak pihak dalam parti pimpinannya itu.

“Permintaan untuk saya masuk bertanding itu datang dari Amanah Selangor, saya juga diminta Amanah Kedah, Pulau Pinang,” katanya lagi.

Dalam pada itu, katanya lagi beliau juga akan akur dengan keputusan parti untuk meletakkan beliau dimana-mana kerusi.

“Parti akan menilai dimana kesesuaian  presiden… atau persiden tak perlu bertanding itu pun saya akan patuh kepada keputusan parti, jadi parti akan pertimbangkan,” katanya. 

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel