Connect with us

Berita Lain

Maut Kereta Rempuh Gerai Cendol


LELAKI, 26, terbunuh apabila kereta Proton Wira dipandu
hilang kawalan dan melanggar gerai cendol di Jalan Rumpun Makmur-Kuala Krau,
Temerloh, jam 8.25 pagi, hari ini.
Mangsa, Muhamad Syazwan Yaadkop, 26, berasal dari FELDA
Jengka 24, Maran, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala
selepas tersepit di tempat duduk pemandu lapor My Metro.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh Hashnuddin Hussin
berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh bersama tujuh anggota
dari Balai Bomba dan Penyelamat Jengka bergegas ke lokasi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Ketika tiba di tempat kejadian mangsa ditemui tersepit
di tempat duduk pemandu, anggota kita mengambil masa hampir 10 minit
mengeluarkan mayat dan dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAH), di
sini, untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi, di sini.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian
mangsa dalam perjalanan ke Kuala Krau dari FELDA Jengka 24.
Katanya, siasatan turut mendapati ketika kejadian keadaan
cuaca baik dan jalan kering.

Ketika kejadian gerai cendol itu tidak beroperasi dan tiada
saksi yang melihat kemalangan itu.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel