Connect with us

Berita Lain

MB: Peneroka Hidup Selesa Hari Ini, Hargai Jasa Pemimpin Lama

Datuk Seri Mohamad Hasan berkata keselesaan yang dikecapi hasil perjuangan pemimpin negara terdahulu. – Foto: The Star Online

JEMPOL, 27 Sept — Peneroka tanah rancangan Felda perlu
bersyukur kerana telah menikmati kehidupan yang selesa ketika ini, kata Menteri
Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata keselesaan yang dikecapi mereka pada hari ini
adalah hasil perjuangan pemimpin negara terdahulu dalam menstrukturkan
masyarakat khususnya masyarakat di luar bandar.
“Sayangilah perjuangan pemimpin terdahulu dan inilah
sebenarnya hasrat mengapa Felda diwujudkan kerana nak menstruktur masyarakat.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Jagalah harta kita…geran hak milik yang diberi, jaga
dengan baik untuk diturunkan kepada anak-anak,” katanya dalam ucapan pada
majlis penyampaian geran hak milik tanah peneroka Felda Serting Hilir 1 dan 5
di sini, semalam.
Turut hadir anggota Dewan Undangan Negeri Serting Datuk Shamsulkahar
Mohd Deli.
Mengulas lanjut, Mohamad berkata kerajaan negeri sentiasa
menyokong usaha pembangunan Felda meskipun segala urus tadbirnya diuruskan
badan itu sendiri.
“Dari segi jalannya, perumahannya adalah di bawah Felda.
Kerajaan negeri pernah menawarkan tanah untuk dibangunkan rumah generasi kedua.
“Namun begitu, kerajaan negeri tidak boleh campur kerana
Felda ini badan berkanun dan mempunyai akta Parlimennya sendiri. Kita di pihak
kerajaan negeri akan membantu apa yang boleh,” katanya.
Pada majlis itu, seramai 327 peneroka Felda Serting Hilir 1
dan 5 menerima geran hak milik tanah masing-masing.
Menteri besar juga turut menyerahkan replika cek Insentif
Khas Peneroka Felda berjumlah keseluruhannya RM67 juta kepada Ketua Peneroka
Negeri Sembilan Othman Parman.

Seramai 13, 497 peneroka di Felda Wilayah Raja Alias akan
menerima insentif khas tersebut dan ia dilaksanakan secara berperingkat dengan
setiap keluarga memperoleh RM5,000. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel