Connect with us

Berita Lain

Mengaku Salah Curi Duit Tabung Masjid RM41, Lelaki Dihukum Penjara Tiga Bulan


PETALING JAYA, 14 Sept — “Orang lain pergi ke masjid
pukul 3 pagi buat Qiamullail tapi kamu pergi masjid pecahkan tabung masjid. Itu
rumah Allah. Kamu tidak malu? tegur seorang majistret kepada seorang tertuduh
yang mencuri duit tabung masjid.
Majistret Salamiah Salleh berkata demikian sebelum
menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan ke atas Abd Hadi Abd Karim, 27, selepas
dia mengaku bersalah mencuri duit tabung Masjid Nurul Yaqin sebanyak RM41 di
Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh yang bekerja sebagai
pembantu kedai makan menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap
iaitu 8 Sept lepas.
Abd Hadi melakukan kesalahan itu di masjid berkenaan di
SS7/8 Kelana Jaya, di sini pada pukul 3 pagi, 8 Sept lepas dan didakwa
mengikut  Seksyen 380 Kanun Keseksaan
yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda.
Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam  merayu hukuman ringan atas alasan dia
menanggung ibu bapanya di kampung, tetapi timbalan pendakwa raya Abu Arsalnaa
Zainal Abidin memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kerana wang yang
dicuri itu merupakan hasil derma orang ramai.
Berdasarkan fakta kes, rakaman kamera litar tertutup (CCTV)
menunjukkan imej tertuduh sedang mencuri tabung masjid dan berikutan itu,
pengadu yang berada di sekitar masjid berkenaan telah menangkap tertuduh dan
menyerahkannya kepada polis. — Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel