Connect with us

Berita Lain

Mengaku Salah Tumbuk Pekerja Golf, Sharnaaz Ahmad Didenda


KUALA LUMPUR, 25 Sept — Pelakon filem Juvana Sharnaaz Ahmad
Bazir Ahmad atau lebih dikenali sebagai Sharnaaz Ahmad, didenda RM1,200 oleh
Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan
menyebabkan kecederaan dengan cara menumbuk seorang pekerja kelab golf warga
Bangladesh.
Majistret Mahyudin Mohmad Som turut memerintahkan pelakon
berusia 32 itu menjalani hukuman penjara dua bulan jika gagal membayar denda.
Sharnaaz Ahmad yang juga popular menerusi drama bersiri
Bukan Kerana Aku Tak Cinta dan Suamiku Encik Sotong membayar denda itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Pelakon itu kelihatan bersahaja sepanjang prosiding kes itu.
Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut terhadap Gous Ali
di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC) di Taman Tun Dr Ismail,
Brickfields, pada 5.30 petang, 22 Julai 2017 mengikut Seksyen 323 Kanun
Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda
maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.
Terdahulu, timbalan pendakwa raya Nur Farah Adilah Noordin
memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal supaya dapat memberi pengajaran.
Peguam Zulkifli Awang yang mewakili pelakon itu memohon
hukuman ringan dan dikecualikan daripada penjara kerana ini adalah kesalahan
pertama anak guamnya dan dia juga telah insaf dengan perbuatannya serta
berjanji tidak akan mengulangi kesilapan sama.

“Insiden yang berlaku adalah disebabkan salah faham dan anak
guam saya juga telah memohon maaf kepada pengadu, juga tiada kecederaan serius
dialami mangsa,” katanya. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel