Connect with us

Berita Lain

‘Mereka Mati Kerana Mentaliti Yang Tak Hiraukan Piawaian Keselamatan’ – Naz Kecam Kenyataan `Mati Syahid’ Pengetua Pusat Tahfiz

Nazrudin Rahman – Foto: Terbakor.com

Tragedi Pusat
Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang mengorbankan 22 pelajar dan 2 gurunya
membuatkan ramai yang sedih dan terkilan. Namun, banyak persoalan yang timbul
bagaimana kejadian itu boleh berlaku?
Sementara pelbagai pihak tertanya-tanya punca kejadian,
pengetua tahfiz berkenaan pula mengatakan para pelajar yang terkorban mati
syahid.
“Budak-budak yang masih kecil ini, kita anggap mereka mati
syahid. Mereka sanggup tinggalkan ibu bapa, tinggalkan masakan air tangan
bonda, adik beradik dan masa bermain tinggal di sini semata-mata untuk belajar
agama.
“Mereka ini, insya-Allah mati syahid,” kata pengetuanya,
Muhammad Zahid Mahmod, memetik dari portal Malaysia Gazette semalam.

Malangnya, kenyataan pengetua pusat tahfiz itu tidak
menyenangkan ramai netizen, yang juga turut mendapat perhatian hos rancangan
Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) iaitu, Nazrudin Rahman.
“Mati syahid? What a bangsat cop out answer. Tell me
something I don’t know. Tell me if you’ve done enough due diligence. Mereka
datang untuk belajar, mereka mati kerana cuai.
“Mereka mati kerana mentaliti yang tak hiraukan piawaian.
Janji ada tanah wakaf, nak buat baik, bukalah tahfiz. Tak ada ciri-ciri
keselamatan?
“Tak selamat, tak apa. Semuanya kehendak Allah swt, semuanya
qada’ dan qadar.
“Kalau pengetuanya terlepas dari tindakan, Malaysia is truly
the backward country you hope it’s not.
“The next idiot who tweets ‘benda dah nak jadi’, I swear
needs a serious slap to refocus their brain.
“Ini bukan isu syahid, ini isu kecuaian yang membawa maut.
Kena benda kena jadi, baru kita nak menggagau mencari penyelesaian? #shameonus.
“Ibarat cuci bangunan, tapi boss tak kasi pakai safety
harness. Bila jatuh, Allah, benda dah nak jadi. Mentaliti bangsat.
“Kali ini kita takkan diam. Berapa kali lagi nak jadi?
Berapa banyak lagi budak yang harus dikorbankan kerana kebodohan? Berapa banyak
lagi yang perlu mati sebelum kita sedar yang kita bangang tak makan saman?”
tweetnya.

Apa yang disuarakan oleh Nazrudin adalah benar. Fokus utama
pada kes ini adalah isu kecuaian, ini bukan masanya untuk menentukan mangsa
mati syahid atau sebaliknya. Semoga pihak berkuasa dapat menyiasat punca
sebenar kebakaran dan mengambil tindakan terhadap individu yang
bertanggungjawab.



Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel