Connect with us

Berita Lain

MOHAMAD FUZI HARUN DILANTIK KETUA POLIS NEGARA KE-11



KUALA LUMPUR: Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri
Mohamad Fuzi Harun dilantik menjadi Ketua Polis Negara ke-11 menggantikan Tan
Sri Khalid Abu Bakar.

Mohamad Fuzi berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)
Universiti Malaya (UM) dan Ijazah Sarjana Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
dalam jurusan Antropologi dan Sosiologi pernah menyandang pelbagai jawatan
dalam PDRM.
Antara jawatan yang pernah disandang beliau adalah Ketua
Bahagian Siasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh dan Taiping serta
Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) Bukit Aman.
Pada 2014, beliau pernah memangku jawatan Timbalan Ketua
Polis Negara selama beberapa bulan berikutan penyandangnya pada masa itu, Tan
Sri Mohd. Bakri Zinin bersara wajib. – Astro Awani

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel