Connect with us

Berita Lain

Nafi Pilih Kasih, Jaheaik Pertahan Kes Seluar Pendek

Notis jabatan agama Kelantan yang dikeluarkan kepada lelaki yang berseluar pendek di Kota Baru seperti yang tersebar di Facebook. 

PETALING JAYA, 27 Sept — Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Negeri Kelantan (Jaheaik) menghukum lelaki berseluar pendek tanpa pilih kasih.
Ketua penguatkuasanya menganggap tindakan kontroversi itu
amalan biasa bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan, lapor Free Malaysia
Today.
“Rutin biasanya kita buat bersama Agensi Dadah Kebangsaan
(AADK), polis, Jabatan Pegangkutan Jalan (JPJ) dan sebagainya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“[…] dan kita buat secara berskala tanpa pilih kasih
ketika melakukan operasi,” kata Mohamad Fadzuli Mohd Zain kepada portal itu.
Kelmarin Wan Khairul Hayyee Wali, 30, menerima notis bahawa
beliau melanggar undang-undang syariah kerana memakai seluar pendek untuk
bermain futsal.
Beliau dikenakan tindakan itu ketika membeli makanan di
depan Akademi JPJ Wilayah Timur di Kota Baru pada jam 10.45 malam.
Notis itu menyebut beliau melanggar Seksyen 5 enakmen
tersebut dan diarahkan menghadiri sesi kaunseling bulan depan.
Jika gagal berbuat demikian, lelaki itu berdepan risiko
denda RM1,000.
Menurut AFP pula, Mohamad Fadzuli berkata seramai 11 orang
termasuk Wan Khairul ditahan Isnin lalu atas kesalahan berpakaian tidak sopan.

Turut dikenakan tindakan empat wanita yang berpakaian ketat,
tambahnya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel