Connect with us

Berita Lain

Najib, Isteri Bertemu Pelajar, Diaspora Malaysia Sempena Lawatan Kerja Ke Amerika Syarikat



WASHINGTON DC – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor mengadakan pertemuan dengan para pelajar
dan diaspora Malaysia pada jamuan malam di Kedutaan Besar Malaysia di sini
Isnin.

Najib dan isteri berada di Washington DC untuk lawatan kerja
tiga hari yang bertumpu kepada pertemuan bersama Presiden Donald J. Trump yang
dijadual berlangsung di Rumah Putih pada Selasa.
Pada majlis itu, Perdana Menteri memberi gambaran situasi
semasa di Malaysia serta pesanan sempena Hari Kebangsaan dan sambutan Hari
Malaysia.

Terdapat kira-kira 28,000 rakyat Malaysia menetap di
bandar-bandar seluruh Amerika Syarikat.

Hadir sama pada majlis itu Menteri Luar Datuk Seri Anifah
Aman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed,
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul
Karim, Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat Tan Sri Dr Zulhasnan Rafique dan
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Dalam ucapannya, Perdana Menteri berkata pertemuan beliau
dengan Presiden Trump akan membolehkan beliau menjelaskan kepada Amerika
Syarikat bahawa Malaysia berazam untuk menjadi sebuah negara yang maju dan
menjanjikan lebih banyak peluang.
Najib berkata Malaysia akan terus menyokong usaha global
untuk memerangi keganasan dan pada masa sama menyebarkan imej sebenar Islam. –
Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel