Connect with us

Berita Lain

Nak Rampas Selangor? Azmin Ucap Semoga berjaya Kepada 3 Bekas MB

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali – Foto: The Malaysian Times



PULAU INDAH: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed
Azmin Ali dalam nada sindiran mengucapkan semoga berjaya kepada 3 bekas menteri
besar negeri itu – Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, Tan Sri Abu Hassan Omar dan
Dr Mohamed Khir Toyo – sekiranya mahu merampas kembali Selangor.


Azmin berkata walaupun 3 bekas pemimpin lama Umno itu
dikatakan mahu bergabung merampas Selangor, mereka tidak akan berjaya kerana
rakyat mengetahui sejarah mereka.

“Kita pun kenal siapa 3 (bekas MB) ini dan kenapa mereka
mantan? Semua orang tahu kenapa mereka jadi mantan sekarang. Kalau itu sahaja
kualiti yang ada, semoga berjaya untuk mereka.

“Kepimpinan ada sekarang dalam Umno Selangor gagal untuk
tarik sokongan rakyat. Terpaksa guna yang lama-lama untuk tarik sokongan dan
kita pun kenal 3 ini siapa dan kenapa jadi mantan,” kata beliau ketika ditemui
pada Majlis Pelancaran Selangor Bio Bay Show Gallery di sini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Muhammad merupakan menteri besar Selangor dari 1986 hingga
1997, Abu Hassan dari 1997 hingga 2000 manakala Khir dari 2000 hingga 2008.

Pengerusi BN Selangor Tan Sri Noh Omar dilaporkan berkata
Muhammad, Abu Hassan dan Khir bakal digabungkan bagi memastikan BN menawan
kembali Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Mengulas lanjut, Azmin berkata gabungan itu juga tidak akan
berjaya berdasarkan sokongan rakyat terhadap PH dan kejayaan yang dilakukan di
Selangor.

“Dia nak ambil balik Selangor? Tiga menteri besar itu, bukan
3+1 ke? Tetapi tak berjaya sebab Noh sendiri tak berjaya tarik pengundi muda masa
ini.

“Saya yakin kepimpinam ada sekarang ini di bawah Pakatan
Harapan komited sangat kerja keras dan saya yakin rakyat sokong berdasarkan
kejayaan yang ada di Selangor,” katanya.

Dalam pada itu, Azmin menafikan cubaan rampasan kuasa oleh
Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 16 September 2008.

Sebaliknya, timbalan presiden PKR itu berkata, apa yang
berlaku pada ketika itu adalah ketidakyakinan ahli-ahli Parlimen BN itu
sendiri.

“Itu tak benar, percubaan (rampasan) ketika itu, apa berlaku
seperti dinyatakan ialah ahli parlimen Umno dan BN (mereka) tak senang dengan
dasar BN, termasuk di Sabah dan Sarawak.

“Mereka membuat keputusan dasar. PR, bukan kita beli
sokongan (mereka), menolak prinsip demokrasi dan suasana itu berbeza,” katanya.

Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Seri Abdul Rahman
Dahlan sebelum ini dilapor sebagai berkata dalam usaha Azmin menggambarkan
cubaan rampasan kuasa oleh BN di Selangor sebagai tindakan tidak demokratik, Ahli
Parlimen Gombak itu diingatkan mengenai tindakan lampaunya pada tahun 2008. – Free Malaysia Today

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel