Connect with us

Berita Lain

Pakatan Harapan Guna Formula 7+8


PAKATAN Harapan Melaka
berusaha mengekalkan tujuh kerusi Dun sedia ada, di samping menambah lapan
kerusi lagi sebagai matlamat merampas tampuk pemerintahan kerajaan negeri
daripada BN pada PRU14.
Dengan menggunakan
formula 7+8, pakatan pembangkang percaya akan memenangi sekurang-kurangnya 15
daripada 28 kerusi Dun Melaka, sekali gus membentuk kerajaan baharu buat
pertama kali dalam sejarah.
Bagaimanapun, analisis
yang dibuat China Press menunjukkan, matlamat Harapan untuk menjadi kerajaan
baharu bukanlah tugas mudah kerana Melaka sememangnya kubu kuat BN.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Dalam dua kali PRU
yang lalu, ketika pembangkang meraih sokongan kuat daripada pengundi di
negeri-negeri lain seperti di Pulau Pinang dan Selangor, kedudukan BN di Melaka
tidak sedikit pun tergugat.
“Pengundi Melaka
masih yakin dengan BN. Selain DAP, parti pembangkang lain masih kurang menerima
sokongan terutama di kawasan luar bandar.
“Prestasi terbaik
dicapai pakatan pembangkang ialah pada PRU13 apabila memenangi dua kerusi
parlimen dan tujuh Dun.
“Bagaimanapun,
jumlah ini masih dianggap kurang memberangsangkan jika dibandingkan secara
keseluruhan, iaitu enam kerusi parlimen dan 28 kerusi Dun yang dipertandingkan
di Melaka,” tulis akhbar ini.
Di Melaka, kekuatan
DAP selain bergantung kepada sokongan pengundi Cina, ia turut mengharapkan
pengundi Melayu, lebih-lebih lagi di kawasan luar bandar.
Sebelum ini, selain
PKR, Pas yang ketika itu masih berada dalam Pakatan Rakyat sedikit sebanyak
telah membantu DAP memperoleh undi Melayu.
“Namun, PRU kali
ini akan menampakkan DAP kehilangan bantuan Pas. Sebagai ganti, dua parti
baharu pula sebagai gandingan baharu mereka iaitu Amanah dan Bersatu.
“DAP kini turut
inginkan populariti bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk
mendekati pengundi Melayu.
“Kemenangan
tambahan lapan kerusi ini dipercayai akan datang daripada kawasan majoriti
pengundi Melayu,” tulis akhbar ini lagi. 

— Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel