Connect with us

Berita Lain

Pas: Sejak Dulu Mahathir Serang Kami

Timbalan Ketua Pemuda Pemuda Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin

SHAH ALAM – Pas mutakhir ini menjadi sasaran
serangan bertali arus oleh Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad
yang melantunkan ratapan, simpati dan rajuk politiknya bagi meraih sokongan.
Timbalan Ketua Pemuda Pemuda Pas, Ir Khairil Nizam
Khirudin berkata, saat berkuasa hingga kini, Pas terus dihentamnya sebagai
pemecah belah oleh Mahathir.
Menurutnya, tindakan Mahathir itu jelas menunjukkan
beliau ketandusan modal dengan terus mengulang fitnah bagi mendatangkan imej
buruk kepada Pas .
“Lalu Pas dikait dan dihadapkan dengan pelbagai tuduhan
dari perbuatannya sendiri. Sedangkan beliau sendiri berpecah dari parti
diperjuangkannya dahulu yakni Umno dan kini berserabut pula dalam Pakatan.
“Sedangkan, kesatuan warga terbesar negara ini iaitu
Islam-Melayu tidak pernah pun berlaku sepanjang beliau memegang tampuk pemerintahan
negara selaku perdana menteri paling lama,” katanya menerusi kenyataan,
hari ini.
Malah katanya lagi, terlalu banyak kontroversi ditimbulkan
Mahathir yang memecah belah dan menimbulkan kekeliruan besar kepada umat Islam.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Pada 14 Julai 1991 beliau menyatakan bahawa hukum
rejam kepada penzina adalah primitif. Begitu juga dalam perjumpaan bersama
Ketua-ketua Bahagian Umno di Johor pada 30 April 1992, beliau sekali lagi
mempertikaikan hukum hudud.
“Dalam majlis itu beliau menyebut bahawa hukum rejam
batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, akan
menyebabkan ramai rakyat beragama Islam yang mati dan kudung tangan di mana ia
sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan
boleh meneruskan kerja.
“Begitu juga dalam tahun 1994, Mahathir telah
‘berfatwa’ bahawa al-Quran perlu ditafsirkan semula,” katanya lagi.
Menurutnya lagi, Mahathir juga menghapuskan penggunaan
perkataan Islam kepada parti politik dan pertubuhan NGO.
Bagaimanapun, ideanya itu tersanggah oleh Mesyuarat Majlis
Raja-raja yang membuat pendirian sebaliknya.
“Malah, banyak rekod lain di mana beliau turut
menyindir Rasulullah, keluarga Baginda serta para sahabat.
“Mahathir juga pernah mempergunakan Astora Jabat,
seorang rakyat Thailand untuk berlakon sebagai ulama dan menyerang Pas dengan
membawa hujah-hujah songsang yang mengelirukan umat Islam. Astora Jabat secara
tidak langsung menjadi penasihat agama Mahathir yang beliau lebih percayai
berbanding mufti dan ulama berkaliber dalam pentadbiran Jakim ketika itu di
mana mereka sering disindirnya,” ujarnya.
Pada tahun 2003, Mahathir dikatakan telah menarik bantuan
perkapita bagi Sekolah Agama Rakyat di seluruh negara.
Malah, jelasnya, institusi itu sering diremeh dan pernah
dituduhnya sebagai tempat melahirkan kegiatan radikal.
“Semua itu hanyalah kerana permusuhan dan bencinya
beliau kepada Pas yang menjadi saingan politik beliau dan tidak berjaya
ditundukkan di bawah kekuasaannya.
“Hakikatnya, beliau hanya cemerlang menyatukan umat
dalam materialisma dan liberalisma di mana di zaman beliaulah kumpulan-kumpulan
penentang agenda Islam dan sesat berkembang biak. Mereka bukan sahaja menentang
setiap tonggak, institusi dan para peranan agama, malah meluaskan kekeliruan
dan kefahaman songsang terhadap al-Quran dan Hadis,” katanya lagi.
Dalam permainan politik sedang diadu dombakan, rakyat digesa
oleh Mahathir menilai secara bijak dan matang perbezaan antara sumbangan dan
jasa beliau dalam membangunkan negara, dengan kezaliman serta penyelewengan
terhadap negara.
“Ketika beliau mahu dijulang kerana vokal menentang
Zionis-Israel, jangan lupa lumuran darah mangsa Kampung Memali di tangannya.

“Ketika sama, nilailah sikap pimpinan Pakatan yang
begitu kuat menentangnya dahulu dan menjadikan seluruh kejahatan Mahathir
sebagai sebab pakatan diwujudkan, namun kini mereka begitu mesra
dengannya,” terangnya lagi.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel