Connect with us

Berita Lain

PAS TIDAK LEMAH WALAUPUN TIDAK LAGI BERSAMA PAKATAN HARAPAN – SALLEH



KUALA LUMPUR — PAS tidak akan lemah kerana krisis parti
atau kerana tidak lagi bersama parti pembangkang lain yang membentuk Pakatan
Harapan, kata Bendahari UMNO Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata walaupun PAS ada jatuh bangunnya, anggota parti
itu tetap setia dengan parti dan jentera akar umbinya juga tetap kuat.
“Seperti sekarang, apabila PAS berpecah dan Parti Amanah
Negara (Amanah) ditubuhkan, adakah PAS lemah? 
Saya tidak nampak begitu,” kata Salleh menerusi catatan terbaru di laman
blognya sskeruak.blogspot.my, hari ini.
Baru-baru ini, wujud usaha daripada Parti Keadilan Rakyat
(PKR) apabila Timbalan Presidennya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengadakan
rundingan tidak rasmi dengan PAS bagi mengelakkan pertembungan pada pilihan
raya umum ke-14 sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan sekutu
Pakatan Harapan, terutamanya Amanah. 
Tindakan Mohamed Azmin, yang dilakukan atas saranan Ketua
Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, itu bercanggah dengan keputusan Majlis
Presiden Pakatan Harapan yang mengekalkan pendirian tidak akan bekerjasama
dengan PAS dan juga pendirian PAS, melalui pimpinan tertingginya yang menolak
sebarang kerjasama dengan mana-mana parti dalam pakatan pembangkang itu.
Salleh, yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, berkata
melihat kepada rekod PAS, perjuangan PAS akan terus kekal walaupun berlaku
perpecahan dalam parti dan pemimpinnya silih berganti.
Katanya ini kerana wujud pemahaman dalam kalangan anggotanya
dan rakyat yang menyokong PAS bahawa ia bukan hanya sebagai parti politik
tetapi juga sebagai perjuangan menegakkan agama. 
Menurut Salleh, kajian Institut Darul Ehsan (IDE), sebuah
badan penyelidikan kerajaan negeri Selangor, bahawa Amanah hanya mendapat satu
peratus sokongan daripada rakyat manakala Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr
Mohd Zuhdi Marzuki menyatakan sokongan kepada Amanah menurun kepada 0.5
peratus.
Beliau berkata sebabnya ini berlaku adalah kerana rakyat
bosan dengan sikap Amanah yang tidak konsisten.
“Jika begitulah senarionya, bagaimana PAS setelah ini?  Apakah PAS akan berkubur setelah tidak lagi
bersama PH?
“Melihat kembali kepada kata-kata Clive Kessler (melalui
buku politik dan masyarakat Kelantan bertajuk Islam and Politics in a Malay
State: Kelantan, 1838-1969), PAS adalah parti ‘akal’ yang akan terus kekal
biarpun pemimpinnya bertukar ganti.  Seperti
kata Kessler lagi, yang tewas ialah ‘nafsu.’ 
Saya semacam tertarik dengan kata-kata ini,” katanya. – BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel