Connect with us

Berita Lain

Pelaburan Malaysia di AS mengejutkan

Foto: The Star Online

SHAH ALAM – Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak bahawa Malaysia akan melabur sehingga AS$24 billion (RM100 billion) di
Amerika Syarikat (AS) adalah amat mengejutkan.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
berkata, ini kerana pelaburan itu kononnya untuk ‘mengukuhkan ekonomi AS’,
sedangkan ekonomi negara memerlukan pelaburan lebih besar.
“Malaysia adalah negara yang ekonominya sedang berkembang
dan kita sedang melakukan yang terbaik untuk menarik pelaburan dari
negara-negara maju, bukannya menghantar wang kita keluar dari negara ini.
“Baru-baru ini, kita memperoleh pelaburan RM1 bilion
daripada Ikea untuk membina pusat pembekalan dan pengedaran serantau untuk Asia
Pasifik di Pulau Indah. Ia mewujudkan nilai tambah, menjana pekerjaan dan
menggandakan kesan ekonomi negara ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Dalam pertemuan dengan Trump, Najib berkata, Malaysia
menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional Bhd
merancang meningkatkan pelaburan mereka di AS dan membeli lebih banyak pesawat
Boeing bagi membantu mengukuhkan ekonomi negara itu.
Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR berkata,
adalah sukar dipercayai bahawa KWSP akan membelanjakan antara AS$3 bilion
hingga AS$4 bilion ke atas pembangunan semula infrastruktur di AS.
“Adakah Perdana Menteri cuba memberitahu kita bahawa
membantu AS membina infrastruktur adalah lebih penting daripada membantu Sabah
dan Sarawak membina jalan raya dan paip air?
“Wang dalam KWSP adalah wang amanah untuk rakyat dan tidak
boleh digunakan sewenang-wenangnya,” katanya.
Menurut beliau, pemimpin tidak boleh menggadaikan
kesejahteraan ekonomi negara hanya untuk peluang bergambar.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel