Connect with us

Berita Lain

PELAJAR PEREMPUAN KETAKUTAN SELEPAS DITIDURI LIMA LELAKI


PETALING JAYA: Selepas melakukan hubungan seks hampir
sembilan kali dipercayai dengan sekurang-kurang lima lelaki berbeza, seorang
pelajar perempuan berusia 17 tahun kini hidup dalam ketakutan.

Gadis yang menuntut di Tingkatan 5 di sebuah sekolah di
Bachok, Kelantan membuat laporan polis di balai polis daerah pada 7 September
lalu, lapor mStar online.

Namun, kes itu dirujuk ke balai polis Kota Bahru untuk
siasatan kerana hubungan seksual itu didakwa dilakukan di daerah tersebut.

Seorang jurucakap polis dari Bachok yang enggan namanya
didedahkan mengesahkan menerima laporan tersebut.

Katanya, remaja perempuan itu yang berasal dari Tawang, kini
trauma kerana bimbang lelaki yang didakwa menidurinya akan terus mengganggu
hidupnya.

Menurut jurucakap itu, gadis tersebut mungkin berdepan
tindakan daripada Jabatan Agama Islam Negeri kerana didakwa melakukan hubungan
seks secara haram.

Menurut laporan itu, gadis itu berada di sekolah apabila
seorang lelaki yang dikenali dengan nama Luqman menjemputnya kira-kira pukul
7.30 pagi, 30 Ogos lalu.

Dia kemudiannya dibawa ke rumah lelaki tersebut di Kampung
Beris Kubur Besar.

Di sana, dia melakukan hubungan seks dengan lelaki terbabit
selain turut diratah rakannya yang dikenali sebagai Abby.

Gadis itu turut mendakwa pada keesokan harinya dia melakukan
hubungan seks dengan rakan Abby selain dipaksa meniduri lelaki lain di dua
lokasi berbeza.

Malah, dakwanya, dia turut melakukan perbuatan terkutuk itu
dengan beberapa lelaki di dua hotel sebelum memutuskan untuk membuat laporan
polis.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat
Sidik mengesahkan laporan polis telah dibuat sambil menambah kes itu disiasat
mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel