Connect with us

Berita Lain

Pembangkang Ambil ‘Surat Khabar Lebih Lama’ Untuk Jadi Pengerusi PH – Zein

Zein membalas sindiran pihak pembangkang kononnya UMNO
menerima ‘surat khabar lama’, ekoran kembalinya Muhammad Mat Taib ke pangkuan
UMNO – Foto: Astro Awani

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein
Isma Ismail membalas sindiran pihak pembangkang kononnya UMNO menerima ‘surat
khabar lama,  ekoran kembalinya bekas
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mat Taib ke pangkuan UMNO dengan
menyifatkan pembangkang sebenarnya lebih teruk apabila menerima ‘surat khabar
yang lebih lama’ untuk dijadikan pengerusi Pakatan Harapan (PH).
Lebih menyedihkan kata beliau, ‘surat khabar yang lebih
lama’ itu dulunya amat dibenci oleh pihak pembangkang, khususnya DAP, PKR dan
termasuklah Pas, tetapi ‘surat khabar yang lebih lama’ itulah kini yang diambil
oleh pembangkang sebagai tempat rujukan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Pihak yang suka mengumpul ‘surat khabar lama’ bagi
saya ialah pembangkang. Mereka terima dengan lahapnya segala macam jenis bentuk
‘surat khabar lama’, terutama sekali yang datang dari UMNO. Mereka tidak
peduli, sekalipun surat khabar lama itulah dulu yang menghentam dan mencerca
mereka, janji matlamat mereka untuk menjatuhkan kerajaan BN dan UMNO tercapai.
“Sudah pasti kembalinya mereka kepada UMNO itu
bersebab, di mana saya yakin seperti mana kata Tan Sri Mat Taib, sebabnya ialah
apabila beliau akhirnya sedar bahawa parti pembangkang sememangnya tidak mampu
untuk berjuang sepertimana perjuangan UMNO dalam membela Islam, Bangsa Melayu
dan Tanahair ini.
“UMNO seperti mana yang kita tahu, sentiasa membuka
pintunya kepada sesiapa sahaja untuk menjadi ahli. Malah, ahli UMNO atau
pemimpin UMNO yang keluar parti, kemudian mahu kembali kerana sedar bahawa
tidak ada parti selain UMNO yang mampu berjuang untuk agama, bangsa dan negara,
pastinya kita alu-alukan.
“Katakanlah jika Datuk Seri Shafie Apdal, atau pun Tan Sri
Muhyiddin sekali pun ingin kembali kepada UMNO, insyaAllah saya yakin pintu
UMNO sentiasa akan terbuka untuk membuat rundingan ke arah itu. Jadi tidak
timbul isu soal surat khabar lama atau tidak!” tegasnya kepada UMNO-Online
di sini hari ini.


Mengulas lebih lanjut, Zein berkata pembangkang sebenarnya
cuba menutup isu ini dengan menimbulkan persoalan dan polemik yang remeh temeh
demi untuk menutup kepincangan gabungan parti pembangkang itu sendiri apabila
satu persatu pemimpin mereka mula meninggalkan Pakatan Harapan.
“Tapi saya yakin, isu remeh temeh yang cuba
diprovokasikan itu tidak dapat mengalih perhatian rakyat daripada melihat
kelemahan dan kepincangan yang sedang berlaku di dalam Pakatan Harapan. Jika
pemimpin pakatan harapan sangka mereka dapat memperbodohkan rakyat seperti
dulu-dulu, maka mereka salah percaturan.
“Mana mampu kita menyorokkan bangkai gajah dengan
sehelai daun pisang, dan itulah perumpamaan yang tepat kepada pembangkang yang
sedang huru hara dengan pergolakan dalaman mereka sendiri.
“Saya yakin, rakyat juga sudah mulai nampak bahawa
gabungan parti politik mana yang lebih stabil dan mampu untuk mentadbir negara,
dan bijak untuk memilih di antara intan dan kaca,” jelasnya lagi. – Astro Awani

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel