Connect with us

Berita Lain

Pembangkang Sukar Terima Kejayaan Lawatan Najib Ke Amerika – Penganalisis

KUALA LUMPUR, 14 Sept – Kejayaan lawatan kerja Datuk Seri
Najib Tun Razak ke Washington yang menyaksikan berlangsung pertemuan mesra
perdana menteri dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, sukar untuk
diterima pembangkang yang terus membuat tohmahan terhadap kerajaan, demikian
menurut penganalisis politik.
Menurut mereka walaupun pertemuan itu meninggalkan kesan
yang positif untuk negara namun pembangkang dilihat cuba mewujudkan persepsi
negatif dalam kalangan rakyat berhubung lawatan perdana menteri itu.
Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Dr
Azmi Hassan berkata strategi seumpama itu sering dilakukan pihak pembangkang
khususnya ketika lawatan perdana menteri ke luar negara.
“Mereka menghentam seolah-olah kerajaan menjual negara,
ini strategi yang sama mereka lakukan. Contohnya, apabila perdana menteri
mengumumkan pelaburan di China, mereka mengatakan negara ini digadai kepada
China,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Hasil pertemuan dengan Presiden Trump, Najib mengumumkan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional Bhd merancang
meningkatkan pelaburan mereka di Amerika Syarikat dan membeli lebih banyak
pesawat Boeing bagi membantu mengukuhkan ekonomi Amerika Syarikat.
Najib berkata KWSP dijangka melabur antara US$3 bilion dan
US$4 bilion di negara tersebut.
Bagaimanapun, beberapa pemimpin pembangkang termasuk Naib
Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli serta Timbalan Presiden Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir menggunakan
platform sosial media bagi memburukkan perjumpaan Najib dan Trump itu termasuk
kononnya kerajaan menggadai kepentingan negara.
Azmi berkata pengumuman perdana menteri berhubung rancangan
peningkatan pelaburan oleh KWSP dan Khazanah di Amerika Syarikat sebenarnya
mampu memberi hasil lumayan kepada negara serta rakyat melalui pulangan dividen
yang tinggi.
“Antara strategi Khazanah dan KWSP adalah melabur di
luar negara dan pelaburan di Amerika Syarikat merupakan satu peluang baik
kerana tidak semua syarikat asing boleh melabur secara terbuka di negara itu,
” katanya.
Dalam pada itu, penganalisis politik, Prof Madya Dr
Sivamurugan Pandian berkata kehadiran perdana menteri di Amerika Syarikat telah
menepis pelbagai tanggapan negatif sebelum ini khususnya mengenai isu Jabatan
Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dan 1MDB.
“Dengan menjejakkan kaki di Amerika Syarikat, beliau
(Najib) telah menepis tanggapan bahawa beliau tidak berani ke sana,”
katanya yang menyifatkan kunjungan Najib memberi kelebihan dari sudut
‘legitimasi moral’ kepada perdana menteri.

— BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel