Connect with us

Berita Lain

Pembangkang Tidak Mampu Jadi Penyelamat Kepada Rakyat – Salleh

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak

KUALA LUMPUR – Tindakan beberapa pemimpin pembangkang keluar
parti menunjukkan parti itu umpama dahan yang rapuh dan tidak mampu menjadi
penyelamat kepada rakyat, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr
Salleh Said Keruak.
Merujuk perkembangan semasa, beliau berkata, parti
pembangkang gagal menyatukan anggotanya 
untuk terus kekal bersama parti.
Katanya, dua hari lepas bekas Menteri Besar Selangor, Tan
Sri Muhammad Muhamad Taib yang sebelum ini bersama PKR telah kembali ke
pangkuan Umno. 
Sebelum itu, bekas Penolong Setiausaha Srikandi Bersatu,
Hasnita Hishamudin; bekas Setiausaha Bersatu, Kamarul Azman Habibur Rahman;
Naib Presidennya, Datuk Hamidah Osman dan Ainina Saidin turut bertindak keluar
parti.
“Alasan mereka keluar parti kerana merasakan perjuangan
pembangkang adalah sia-sia, bimbang melihat perpecahan orang Melayu, parti itu
tidak pernah berjuang untuk kepentingan anggota dan rakyat kerana lebih
mengutamakan kepentingan peribadi serta kroni, dan parti itu telah menjadi alat
DAP.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Pertanyaannya, bolehkah kita percaya kepada parti
sebegini untuk memerintah negara kita?,” soal beliau dalam catatan terkini di
blog sskeruak.blogspot.com, hari ini.
Mengulas catatannya yang bertajuk ‘”Pentingnya memilih parti
yang kukuh’’, Salleh memetik pandangan pakar pemasaran politik dari New
Zealand, Lees-Marshment dalam bukunya ‘The Political Marketing Game (2011)’’
yang menyatakan untuk menang dalam pilihan raya, sesebuah parti mesti mempunyai
strategi pemasaran politik yang baik.
Menurut penulis itu, satu daripada strategi tersebut ialah
berasaskan kepada pasaran, iaitu parti hendaklah mempunyai satu produk besar
yang boleh dipasarkan kepada rakyat. 
“Jika dalam konteks Malaysia, apakah produk tersebut?
Tentunya produk itu ialah imej parti, sumbangan parti dan perpaduan parti. 
“Dalam hal ini, hanya Umno dan BN mempunyai rekod ini,”
katanya.

Salleh juga memetik catatan bekas Presiden Amerika Syarikat
Bill Clinton dalam bukunya Back to Work : Why We Need Smart Government for a
Strong Economy (2011) yang menyatakan rakyat memerlukan kerajaan bijak untuk
ekonomi yang kuat, selain kerajaan yang bijak adalah kerajaan yang kukuh,
bersatu, menjaga kebajikan rakyat dan tidak berpecah belah. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel