Connect with us

Berita Lain

Penahanan Tujuh Suspek Bawa Kepada Penemuan 24 Rangka Motosikal Curi Dalam Sungai

RANGKA motosikal curi yang ditemui di dasar Sungai Tua,
dekat Batu Caves. – Foto ihsan PDRM/BH Online

KUALA LUMPUR: Polis menemui 24 rangka motosikal curi yang
dibuang dalam Sungai Kertas, Batu Caves susulan penahanan tujuh individu
termasuk lima dalang utama.
Dalam gerakan pada 13 September lalu itu, polis turut
menemui dua komponen enjin selepas melakukan pencarian di dasar sungai
berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Mohamed
Rafiq Mohamed Mustafa, berkata terdahulu sepasukan anggota Bahagian Siasatan
Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul menahan dua lelaki di sekitar
Batu Caves, pada jam 12.30 tengah malam berkenaan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Katanya, susulan maklumat daripada suspek, polis menahan
lima lagi individu yang juga dalang utama kes curi motosikal di sekitar
Selayang dan Lembah Klang.
“Hasil siasatan, semua suspek kemudian menunjukkan
polis lokasi mereka membuang rangka motosikal yang dicuri di Sungai Kertas.
“Pihak bomba serta Unit Skuba dari Balai Jalan Hang
Tuah dipanggil bagi membantu mencari dan mengeluarkan semua 24 rangka
berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, semua suspek berusia 17 hingga 20 tahun yang tiada
pekerjaan tetap, aktif melakukan jenayah curi motosikal di sekitar Selangor dan
Lembah Klang.
“Mereka disyaki melakukan perbuatan itu sebagai jalan
mudah untuk mendapatkan wang,” katanya.
Mohamed Rafiq berkata, siasatan mendapati suspek meleraikan
komponen bernilai daripada motosikal yang dicuri sebelum menjualnya kepada
pembeli yang mahukan alat ganti asli tetapi murah.
“Mereka kemudian membuang rangka motosikal terbabit ke
dalam sungai berkenaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan
kerana mencuri motosikal,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel